Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Majlis Pelancaran Job Malaysia

29 Dis 2009 – Jabatan Tenaga Kerja telah mewujudkan Job Malaysia di setiap institut ILJTM di seluruh Malaysia. ILP Ledang adalah salah satu institut yang diberikan tanggung jawab untuk menjalankan aktiviti Job malaysia. Satu majlis pelancaran telah selamat dilaksanakan dengan dihadiri Ahli Komuniti ILP dengan tujuan untuk menyebarkan promosi ini secara meluas. Sebenarnya program ini bertujuan untuk membantu masyarakat serta memudahkan pencari kerja serta majikan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma tanpa bayaran serta segala tunjuk ajar akan diberikan oleh pegawai yang bertugas untuk melayari laman web Job Malaysia. Sehubungan dengan itu , kepada semua lepasan graduan serta komuniti dijemput untuk mengunjungi ILP ledang untuk menggunakan perkhidmatan ini.”Gerbang Kerjaya Interaktif Anda”

Mesyuarat Komuniti Bil. 2/2009

29 Dis 2009 – ILP Ledang telah melaksanakan Mesyuarat Komuniti bil 2 untuk tahun 2009. Tujuan utama mesyuarat komuniti ini untuk mewujudkan kerjasama ahli serta sumbangan dan bantuan pihak ILP kepada komuniti. Seramai 26 ahli telah dijemput pada kali ini. Antara aktiviti yang berjaya dilakukan pada tahun ini adalah aktiviti gotong royong di kampung-kampung dan daerah , aktiviti Tadarus Al-Quran , mengikuti program sukan daerah , sukan-sukan persahabatan bersama IPT, membantu memantau saringan H1N1 di ILP bersama pejabat kesihatan , Program Derma Darah , serta aktiviti kaikatangan secara sukarelawan bersama kominiti setempat. Semoga dengan kewujudan jawatankuasa komuniti ini dapat kerjasama untuk tahun 2010.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ILP Ledang

Pada 2hb Disember 2009, Majlis Anugerah Pelajar 2009 yang diadakan di dewan kuliah ILP Ledang telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Ledang En Adnan bin Ismail. Seramai 113 orang pelajar menerima anugerah tersebut berdasarkan kecermalangan dalam matapelajaran dengan mendapat GPA 3.5 keatas. Selain itu juga, 8 orang pelajar bagi setiap kursus mendapat anugerah cermerlang terbaik dan seorang mendapat Anugerah Pengarah berdasarkan pencapaian terbaik dalam matapelajaran, aktiviti luar dan disiplin. Tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga majlis seperti ini menjadi pendorong kepada pelajar junior.

Gotong Royong Perdana di Sekitar Muar

Pada 21hb November 2009, Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Muar, telah mengadakan aktiviti Program Gotong-Royong Perdana bertempat di Taman Khalidi Baru, Muar. Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Y.B Dato Razali bin Ibrahim selaku Ahli Parlimen Muar. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan seperti penanaman pokok, pertandingan mewarna untuk murid TABIKA dan aktiviti kitar semula bahan buangan terpakai. ILP Ledang telah menghantar seramai 45 orang pelajar untuk membantu dalam aktiviti gotong-royong tersebut.

Perjumpaan Kakitangan & Majlis Perpisahan

Pada bulan ini, bahagian Teknologi Mekatronik telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perjumpaan kakitangan bersama pengarah. antara agenda yang telah diadakan iaitu ucapan ketua bahagian, ucapan pengarah penyampaian cenderahati pada staff yg menyambut hari jadi pada bulan november dan sesi soal jawab antara staff dan pengarah. Selain itu juga majlis perpisahan turut diadakan sekali untuk En. Saiful Amir dan Pn. Norliana yang akan berpindah. semoga success selalu walaupun dimana jua anda berada. (klik gambar untuk besarkan)

ILP Ledang vs ILP Selandar



Perlawanan persahabatan bola sepak antara staff ILP Ledang dan staff ILP Kuala Langat. Perlawanan yang diadakan di Stadium Tampin berkesudahan dengan 2-2. ILP ledang memberikana saingan sengit walaupun dibarisi oleh pemain2 baru :)

Jamuan Perpisahan Staff


Jamuan perpisahan anjuran KSK ILP Ledang untuk kakitangan yang akan berpindah. Senarai kakitangan yang berpindah seperti di bawah:
1) En Mohd Zainol B. Md Noor - ILP Ipoh
2) En Isman - Syarikat Swasta
3) En Badrul Hisyam - Syarikat Swasta
4) En Syukri Che Mansor - Syarikat Swasta

Bowling Staff & Pelajar



perlawanan bowling persahabatan antara pelajar dan kakitangan ilp ledang di MIBC, Melaka. seramai 50 pemain terlibat dlam perlawanan tersebut..perlawanan diadakan seara individu dan 3 kategori dipertandingkan iaitu staff, pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

PJKM Kali Ke 18



Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia ke 18 anjuran Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Tenaga Manusia telah diadakan di ILP Ledang bagi ketegori pembuat acuan pembentuk peringkat akhir. pertandingan diadakan selama 5 hari.

Jamuan Hari Raya anjuran KSK ILP Ledang


14 Oktober 2009 - Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Ledang telah Mengadakan sambutan Hari Raya 2009 bertempat di Dewan Serbaguna ILP Ledang bermula jam 8.30 malam. Semua kakitangan ILP Ledang dan Jawatankuasa Komuniti hadir bersama-sama meraikan majlis berkenaan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Joget, Tarian Zapin dan Persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar.

Majlis Marhaban di Kuarters ILP Ledang


Warga ILP Ledang mengadakan majlis marhaban dari rumah ke rumah selepas solat isyak. Majlis Marhaban dilaksanakan selama 3 hari dimulakan dari kuarters G, F dan seterusnya kuarters H. Selepas majlis marhaban pelbagai juadah hidangan disediakan pada para tetamu. Selain dari aktiviti marhaban, majlis cukur jambul juga diadakan atas permintaan kakitangan ILP.

Majlis Perpisahan Staff ILP Ledang



Jamuan perpisahan untuk kakitangan ILP Ledang yang akan berpindah ke Jabatan lain. Jamuan dianjurkan oleh KSK IlP Ledang. Antara aktiviti yang dijalankan ucapan dari wakil pengarah En fazlul, ucapan dari staff yang dirai dan penyampaian cenderahati. Selain itu juga, kelab menyediakan cenderahati kepada kakitangan yang mendapat cahaya mata.
kakitangan yang berpindah:

En. Yusof - ILP Nibong Tebal
En. Sahrul Nizam - ILP Pasir Gudang

Program Menderma Darah 2009



Program menderma darah di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Program bermula pada pukul 9 pagi dan berahkir pada pukul 4 petang.

Jamuan Hari raya di Pentadbiran



Bahagian Pentadbiran ILP Ledang mengadakan jamuan ringan sempena Hari Raya Aidilfitri di Pantri Pentadbiran. Turut hadir bagi memeriahkan suasana ialah kakitangan dari Pusat Sumber dan Bahagian Teknologi Maklumat.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim



15hb September 2009 - majlis berbuka puasa warga ILP bersama anak-anak yatim telah diadakan di Pertubuhan Anak Yatim Islam Segamat. Seramai 28 pelajar dan 7 orang pengajar hadir pada majlis tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan antaranya masak bubur lambuk, pemberian duit raya kepada anak-anak yatim, dan pemberian cenderahati dan kutipan derma kepada anak-anak yatim.

Program Memasak Bubur Lambuk 2009

Pada 9.9.2009, ILP Ledang mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadhan. Aktiviti yang diadakan setiap tahun ini telah disertai oleh warga kerja ILP Ledang dan Pelajar-pelajar dari kursus Teknologi Maklumat dan Kursus Mekatronik. Ucapan terima kasih kepada yang membantu dalam menjayakan program ini. 720 bekas bubur lambuk dapat disediakan dari 4 buah periuk besar. Aktiviti memasak di ketuai oleh chef ILP Ledang iaitu Tn Hj Minhat B. Jafri. Tuan Pengarah En Adnan telah merasmikan pemberian bubur lambuk kepada warga ILP Ledang. (Klik gambar untuk besarkan)

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52


31hb Ogos 2009 dengan tema "Satu Malaysia" Negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun. Telah menjadi satu kewajipan bagi ILP Ledang untuk melibatkan diri dalam perbarisan Hari Kemerdekaan yang telah berlangsung di Dataran Ledang, Tangkak. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam perbarisan tersebut walaupun ia diadakan dalam bulan Ramadhan. Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar kursus Rekabentuk Produk Industri dan kursus Pemesinan CNC kerena telah berjaya menyiapkan "Banner" Hari Kemerdekaan untuk dipertandingan dalam kategori "Banner Tercantik. Tahun ini juga dalam sejarah ILP Ledang berjaya memenangi tempat ke-3 dalam acara "Hiasan Bangunan Tercantik" bagi kategori Institut Pengajian Tinggi. Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang bertungkus lumus menyediakan hiasan jalur gemilang dan lampu neon "1 Malaysia" yang menyinari ILP di waktu malam :)

Majlis Perpisahan Staff & Pengarah ILP Ledang



Majlis perpisahan telah diadakan olek Kelab KSK bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh kakitangan dan Pengarah yang akan berpindah. Antara agenda Majlis ialah Ucapan dari Mantan Pengarah, Ucapan ringkas dari Pengarah baru, Ucapan dari kakitangan yang dirai, penyampaian hadiah kepada kakitangan dan majlis menadatangani penyerahan tugas antara En Zainudin Ahmad dengan En. Adnan B. Ismail. Senarai pegawai yang meninggalkan ILP Ledang:
1) En Zainudin B. Hj Ahmad - Pengarah ILP Kuala Langat
2) En. Izdamunir - ILP Kuala Langat
3) En. Kamarunnezam B. Abdullah - ILP Bukit Katil
4) Pn. Yahidah Bt. Zabar - ILP Ipoh

Buletin ILP Ledang 2009 (updated)


- klik pada gambar untuk baca