Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Pertandingan Nasyid Peringkat ILP Ledang


Pada 17hb Mac 2010, Pertandingan Nasyid peringkat ILP Ledang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Seramai 8 kumpulan mengambil bahagian. Pada tahun ini, kumpulan Alif Ba Ta dari kursus Rekabentuk Produk Industri telah merangkul tempat pertama dan merampas takhta juara tahun lepas yang dimenangi oleh kursus mekatronik. tempat kedua dimenangi oleh kursus Teknologi Kimpalan dan tempat ketiga dimenangi oleh kursus IT.

Pertandingan Bowling Bahagian IT


Pelajar yang terlibat iaitu semester 2, 3 dan 5. Pertandingan yang diadakan di MIBC, Melaka bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Staff IT yang terlibat ialah En. Hafiz Bin Abu Samah dan Pn Azilah Bt Harun.
(klik gambar untuk besarkan)

Perlawanan Akhir Bola Jaring ILP Ledang


Pada 3.3.2010, Perlawanan akhir antara Staff ILP Ledang dengan Pelajar Mekatronik telah diadakan di Padang bola jaring ILP. Team Pelajar menjadi johan pada tahun ini dengan mengalahkan staff ILP 16-6 . Walaupun staff kekurangan pemain tetapi tetap meneruskan perlawanan sehingga saat akhir. Tahniah pada yang berjaya dan kepada staff cuba lagi semester akan datang.