Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Ekspidisi Mendaki Gunung Ledang 2010

Pada 20 – 21 Februari 2010, seramai 12 pelajar dan seorang pensyarah Bahagian Kimpalan Arka & Gas dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang telah melakukan ekpedisi mendaki Gunung Ledang. Ekpedisi ini yang diketuai oleh En Azrul Hisam ini mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai dah kepenatan berbaloi apabila tiba kepuncak gunung. Melihat permandangan sekeliling yang memukau dengan tiupan angin yang begitu dingin menghilangkan rasa kepayahan untuk sampai disini. Gunung Ledang yang diwartakan sebagai taman Hutan Lagenda dibawah seliaan Taman Negara Johor yang ketinggiannya sebanyak 1276 meter dari aras laut adalah gunung yang sangat mencabar untuk didaki.Ini kerana banyaknya halangan seperti denai-denai yang licin, batu besar yang perlu dipanjat serta kaki mengalami kekejangan. Keesokan harinya selepas bermalam di “plateu” kumpulan ini bergerak turun dan selamat sampai keTaman Hutan Lagenda dibawah dengan berjaya.Semoga kejayaan inimenjadi inspirasi kepada kumpulan lain dari ILP Ledang untuk menyahut cabaran ini.

Mesyuarat Perlaksanaan TMS Wilayah Zon Selatan

Pada 11hb Februari 2010, Mesyuarat Perlaksanaan TMS bagi wilayah zon selatan telah diadakan di bilik mesyuarat ILP Ledang. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh En Zuraka Bin Yusof, Pengarah Adtec Shah Alam, merangkap Pengerusi J/K petugas khas TMS. Antara aktiviti yang dijalankan seperti melihat status dan menambah baik sistem TMS sedia ada dan membuat laporan perlaksanaan TMS.

Program Derma Darah


Pada 10hb Februari 2010, ILP Ledang telah mengadakan Program Menderma Darah anjuran bersama Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Program yang bermula dari pukul 9.30 sehingga 4.00ptg ini telah menarik minat seramai 147 orang pelajar untuk menderma darah.

Bowling Persahabatan Department CNC


Perlawanan bowling antara pelajar dan kakitangan kursus Pemesinan CNC telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Seramai 45 org pelajar dan 11 pengajar terlibat dalam perlawanan bowling ini. Selain dapat berseronok, ia juga dapat mengeratkan silaturahim antara pengajar dan pelajar.

Majlis Tahlil bersama DYMM Baginda Sultan Johor


Pada 4hb Februari 2010, Majlis Yasin, Solat Maghrib, Tahlil serta Solat Isyak berjemaah bersama DYMM Baginda Sultan Johor telah diadakan di Masjid Sultan Ismail, Muar. Pihak ILP Ledang telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Seramai 40 orang pelajar bersama 2 guru pengiring hadir sehingga selesai majlis.
~Daulat Tuanku~