Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Buletin ILP Ledang bil1. 2008


Kepada pembaca blog, ini adalah buletin ILP Ledang yang pertama. Buletin tidak dapat dicetak disebabkan masalah teknikal. Alternatif lain adalah dengan meletakkan ia di dalam blog. Harap kepada para pembaca dapat memberikan sebarang komen untuk penambahbaikan. Nantikan buletin terbaru bagi tahun 2009 :) satu transformasi. Klik gambar untuk baca

Maulidurasul Daerah Ledang 2009



Ini bukan kumpulan nasyid tetapi sebahagian daripada kakitangan ILP Ledang yang terlibat dengan hari Maulidurasul 2009 di Dataran Ledang. Ucapan terima kasih kepada kakitangan yang berkorban cuti demi mengharumkan nama ILP Ledang. Terima kasih juga ditujukan kepada Tn Hj Saat yang bersusah payah untuk menyiapkan sepanduk Maulidarul 2009. Dan terima kasih sekali lagi kepada ILP ledang kerana meminjamkan baju melayu pada hari tersebut walaupun tidak nampak seragam. di antara aktiviti yang diadakan Pertandingan sepanduk tercantik, ceramah dan makan-makan :)

Pertandingan Kreativiti ILJTM 2009



Pertandingan kreativiti telah berlangsung dari 2-3 Mac 2009 di ILP Pedas sebagai tuan rumah. Tahun ini ILP Ledang menghantar 3 projek kreativiti iaitu Baby Rocker, Automatic Noodle Machine dan Easy Roller. Projek ini diketuai oleh Mr Uncle Hussien. Diharap pada tahun depan, ILP Ledang akan dapat menghantar banyak lagi projek kreativiti, terutama projek IT.






Geng Kembara Dakwah



ILP Ledang menjadi tempat persinggahan bagi Konvoi Bermotor Kembara Dakwah sempena Bulan Dakwah 2009. Dengan Moto "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" . Antara Aktiviti yang telah diadakan perjumpaan dan penerangan berkenaan Objektif Kembara Dakwah tahun 2009.