Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Friendly Ping Pong


Lama sudah tak update blog aktiviti ilp, kesibukan yang tersangat-sangat.. jadi saya mulakan aktiviti baru dengan perlawanan persahabatan ping pong yang telah diadakan pada bulan Mac lepas. Perlawanan persahabatan pertama diadakan pada 27.3.12 antara ILP Ledang dengan Kg. Sri Jaya. Perlawanan dimenangi oleh Kg. Sri Jaya. perlawanan persahabatan seterusnya diadakan pada 23.4.12 antara ILP Ledang dengan Kelab ping pong segamat, perlawanan dimenangi oleh Kelab ping pong segamat. ILP Ledang masih kurang bernasib baik dalam acara ping pong. Latihan intensif dan sokongan dari pihak atasan perlu ada bagi memastikan kejayaan seterusnya. insyAllah.. 


Program Anak Angkat

Program Anak Angkat telah diadakan di Kg, Parit Baru, Batu 18 Air Hitam Muar pada 20 - 22 April 2012. program ini dianjurakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILP Ledang dengan kerjasama KRT Kg. Parit Baru. Seramai 42 orang pelajar ILP Ledang terlibat dalam program ini, manakala 16 buah keluarga sudi menerima pelawaan untuk program anak angkat kali pertama ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan surau dan balai raya, gotong - royong memasak nasi ambang, program kuliah agama dan perlawanan bola persahabatan antara penduduk kg. Terima kasih atas kesudian penduduk kg parit baru bagi menjayakan program ini dan insyAllah tahun depan bertemu lagi dan mempelbagaikan lagi aktiviti bersama keluarga angkat.

Sukan Kakitangan ILJTM Zon Selatan 2012

ILP Mersing menjadi tuan rumah pada kali ini bagi Program Sukan Kakitangan ILJTM Zon Selatan. Diadakan bermula pada 31 Mac 2012 dan berakhir pada 3 April 2012. ILP Ledang menghantar 45 orang kakitangan bagi sukan yang telah dipertandingkan iaitu Bola sepak, Badminton, Sepak takraw, Ping pong, Bola tampar, Bola jaring, Tenis, Tarik tali, Bowling dan Memancing. Dalam semua acara yang dipertandingkan Ledang telah mendapat
                 Johan : Sepak Takraw,
                 N.Johan : Bola Tampar dan Bola Sepak.
                 Gangsa : Tenis

Pertandingan Kemahiran Malaysia Pra - Kelayakan ILJTM 2012

PKM pra-kelayakan kali ke 21 tahun 2012 telah diadakan di ILP Ledang bagi 3 kategori iaitu CAD Mekanikal, IT Software Administration dan IT PC Support. Pertandingan diadakan bermula pada 19.3.2012 sehingga 23-3.2012.