Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Minggu Suaikenal. Show all posts
Showing posts with label Minggu Suaikenal. Show all posts

Minggu Suaikenal Pelajar Baru Sesi 1/2013

 
 
 
 
Selamat datang pelajar baru sesi 1 / 2013, seramai 78 orang pelajar baru telah mendaftar pada 7.1.13 di dewan serbaguna ILP Ledang. program minggu suaikenal telah diadakan selama seminggu bermula pada tarikh pendaftaran. antara aktivit yang biasa disediakan adalah LDK, ceramah, kembara, kuliyah agama, qiamulail dan malam kebudayaan.

Minggu Suaikenal Sesi 1/2012


Selamat Datang kepada pelajar baru bagi sesi 1-2012. Seperti tahun² sebelumnya, program seperti ini adalah satu kemestian bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar baru berkenaan cara hidup dan persekitaran di ILP Ledang. Hari pendaftaran yang diadakan pada 9hb Januari 2012, telah menerima kemasukan pelajar baru seramai 100 orang. Sepanjang Program minggu suaikenal yang diadakan sehingga 13hb  Januari 2012, pihak pengurusan ILP Ledang telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menguji fizikal dan mental pelajar² baru. Antaranya; aktiviti latihan dalam kumpulan, Riadah sukan, Ceramah agama di surau, ceramah pengurusan ILP Ledang, aktiviti kembara dan malam kebudayaan. Harapan dari program ini supaya pelajar² baru dapat menempuh dugaan dengan sabar sepanjang pembelajaran di ILP Ledang dan keluar dengan sugulung ijazah :)

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 1/2011





Pada 5hb Januari 2011, Pengambilan pelajar baru untuk kemasukan sesi 1/2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Sesi pendaftaran telah dijalankan dari pukul 8.30pagi sehingga 1 tengahari. Seramai 80 orang pelajar memohon peringkat sijil, manakala bagi diploma seramai 22 orang pelajar. Aktiviti yang disediakan kepada pelajar² baru selama 5 hari adalah seperti sesi sebelum ini, iaitu aktitivi latihan dalam kumpulan, ceramah, senaman pagi, kuliah maghrib, aktiviti fizikal & mental dan malam kebudayaan.

MSK 2/2009


Pengambilan pelajar baru diadakan dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai. Bagi kemasukan sesi 2/2009, seramai 98 orang pelajar baru telah mendaftar. Pendaftaran pelajar diadakan selama 1 hari dan diikuti dengan aktiviti Minggu Suaikenal (MSK) yang telah disediakan oleh pihak institut untuk memberi pengenalan dan pengalaman berguna kepada pelajar baru ILP ledang.

XTVT MSK





SESSI BARU 1/2009



Selamat datang pelajar baru bagi sessi 1/2009. Minggu Suaikenal atau MSK yang telah diadakan bermula dari pendaftaran pelajar pada 7.1.2009 sehingga majlis penutup MSK pada 13.1.2009. Seramai 130 pelajar baru telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang seminggu program dijalankan, antaranya latihan dalam kumpulan (LDK), Sukan, Riadah, Kembara, Malam persembahan pelajar.