Pages
Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts
Annual Dinner Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan ILP Ledang 2012
Majlis Makan Malam anjuran KSK ILP Ledang telah diadakan di Mahkota Hotel, Melaka pada 13 Oktober 2012, Seramai 60 orang staff bersama ahli keluarga hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. antara program menarik yang disediakan ialah cabutan bertuah dan sesi karaoke.
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55
Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 bagi tahun 2012 dengan tema "Janji Ditepati" telah berlangsung di Dataran Ledang, Johor. Wakil seramai 50 orang yang terdiri dari kakitangan dan pelajar ILP Ledang terlibat dengan acara perbarisan hari kemerdekaan. tahniah kepada yang hadir.   
Antara pasukan perbarisan terbaik, bergerak kemas dalam barisan memperagakan pakaian hari kemerdekaan masing-masing. 
Program Gotong-Royong bersama Komuniti Ledang
Pada 16 Julai 2012, Seramai 40 orang pelajar dari kursus Kimpalan, Produk Industri & Fabrikasi terlibat dengan program komuniti di Kampung Melepang, Sagil. Pelajar² dan penduduk kampung bersama² membersihkan dan mengecat kawasan balai raya dan surau di kampung tersebut.
Pengujian Bot Fiber Rekabentuk Produk Industri
Projek bot fiber ini telah dihasikan oleh pelajar semester 3 Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPDT). Pengujian apungan dan ketahanan telah dilaksanakan di Tasik ILP Selandar, Melaka pada 7 Jun 2012 (Khamis). Pengarah ILP Ledang, En Adnan bin 
Ismail dan Pengajar² IPDT turut bersama menguji ketahanan bot fiber ini. 
Tahniah!! Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S
Tahniah ILP Ledang! Pada 1 Jun 2012 (Jumaat) ILP Ledang dengan rasminya 
telah mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Dengan markah gred A iaitu 88%, ILP Ledang adalah Institut yang ke 8 dari 32 Institut ILJTM yang menerima pengiktirafan persijilan 5S. Ribuan terima
 kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang atas kerjasama bertungkus
 lumus bagi menjayakan usaha ke arah persijilan ini.
Pelancaran Amalan Berkualiti 5S
Gotong-Royong Perdana (Sisih)
Gotong-Royong Perdana (Susun)
Gotong-Royong Perdana (Sapu)
Gotong-Royong Perdana (Seragam)
Pembentangan zon 5S oleh Pelajar²
Pertandingan Mencipta Logo 5S
Bengkel Isi kandungan Fail 5S oleh Pegawai 5S ILP Mersing
Penyerahan manual 5S kepada ketua zon
Ceramah kesedaran amalam berkualiti 5S dari pegawai MPC
Taklimat Amalan 5S kepada pelajar² baru oleh JK Latihan 5S
Kursus Audit Dalaman 5S ILP Ledang
Lawatan Benchmark 5S ke Politeknik Merlimau
Lawatan Benchmark 5S ke EPSON
Lawatan Benchmark 5S ke ILP Mersing
Lawatan Benchmark 5S ke ILP Pedas
 Lawatan Benchmark 5S ke IKBN Pagoh
 Lawatan Audit Dalaman dari ILP Mersing
Lawatan Audit Dalaman dari JK Audit 5S ILP Ledang
Lawatan Pre-Audit Persijilan 5S dari pihak MPC
Lawatan Audit Persijilan 5S dari pihak MPC (1.6.2012)
Gambar Beramai JK 5S ILP Ledang bersama En. Zul Izwan Mohamad dari MPC
Team MCP ILP Ledang dan Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012
Pada 22 Mei 2012, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012 di PERSADA Johor. Team Multiple Camera Production ILP Ledang bersama dengan Jurugambar dari ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Melaka telah di pertanggungjawabkan oleh Ibu Pejabat untuk membuat liputan video dan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. Seramai 10 orang tenaga kerja bertungkus lumus memastikan majlis tersebut direkod dalam bentuk video.
Program Anak Angkat
Program Anak Angkat telah diadakan di Kg, Parit Baru, Batu 18 Air Hitam Muar pada 20 - 22 April 2012. program ini dianjurakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILP Ledang dengan kerjasama KRT Kg. Parit Baru. Seramai 42 orang pelajar ILP Ledang terlibat dalam program ini, manakala 16 buah keluarga sudi menerima pelawaan untuk program anak angkat kali pertama ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan surau dan balai raya, gotong - royong memasak nasi ambang, program kuliah agama dan perlawanan bola persahabatan antara penduduk kg. Terima kasih atas kesudian penduduk kg parit baru bagi menjayakan program ini dan insyAllah tahun depan bertemu lagi dan mempelbagaikan lagi aktiviti bersama keluarga angkat. 
Sukan Kakitangan ILJTM Zon Selatan 2012
ILP Mersing menjadi tuan rumah pada kali ini bagi Program Sukan Kakitangan ILJTM Zon Selatan. Diadakan bermula pada 31 Mac 2012 dan berakhir pada 3 April 2012. ILP Ledang menghantar 45 orang kakitangan bagi sukan yang telah dipertandingkan iaitu Bola sepak, Badminton, Sepak takraw, Ping pong, Bola tampar, Bola jaring, Tenis, Tarik tali, Bowling dan Memancing. Dalam semua acara yang dipertandingkan Ledang telah mendapat
                 Johan : Sepak Takraw,N.Johan : Bola Tampar dan Bola Sepak.
Gangsa : Tenis
Lawatan Penanda Arasan 5S di ILP Mersing
Pada 6.3.2012, Jawatankuasa 5S serta para pelajar seramai 40 orang mengadakan lawatan ke ILP Mersing bagi melihat sendiri proses amalan 5S yang telah dilaksanakan di sana. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak ILP Mersing adalah taklimat ringkas 5S, lawatan ke setiap zon 5S dan sesi penutup sebelum berangkat pulang. Kesimpulan dari lawatan yang telah dibuat, amalan 5S akan berjaya mencapai sasaran jika mendapat kerjasama dari semua pihak tidak kira kumpulan profesional & pengurusan atau kumpulan sokongan 1 & 2. Apa yang penting ILP Ledang sedang berusaha mengamalkan amalan 5S bagi merealisasi hasrat jabatan untuk mengiktiraf persekitaran berkualiti 5S pada Jun 2012.
Perlawanan Bowling antara Staff ILP Ledang
28-2-2012, Penat tapi Meriah!!, itulah suasana yang berlaku semasa perlawanan bowling antara staff yang diadakan di MIBC Melaka. Seramai 25 orang peserta mengambil bahagian dalam perlawanan bowling ini. Tujuan utama perlawanan diadakan adalah bagi memilih wakil ILP Ledang untuk bertanding acara Bowling di Sukan ILJTM Zon Selatan yang akan diadakan di ILP Mersing pada penghujung bulan Mac 2012. Johan bowling dimenangi oleh Kumpulan En. Azrul Norazmi, Naib Johan Dimenangi oleh Kumpulan En. Zamry Zakaria, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan En. Hafiz. Jatuhan pin paling banyak untuk kategori lelaki dimenangi oleh En. Hafiz, manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Pn. Maharani Haled. Tahniah kepada yang berjaya. Bagi yang tak bernasib baik, cuba lagi untuk perlawanan akan datang..
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2012
Pada 5
Februari 2012(Ahad), satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang telah
diadakan di Dataran Ledang,Tangkak. Sambutan ini telah disertai oleh semua
jabatan kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan
seluruh daerah Ledang. Sebagai wakil jabatan kerajaan, ILP Ledang telah
menghantar wakilnya untuk turut serta didalam acara yang penuh bermakna dan
barakah ini. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Hentian Bas dan
Teksi Tangkak menuju ke Dataran Ledang. Selawat ke atas Rasulullah S.A.W
dialunkan sambil diiringi oleh paluan kompang. Setibanya di Dataran
Ledang, majlis diteruskan dengan Marhaban dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai
Daerah Ledang. Kemuncak sambutan yang bertemakan  “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” ini ialah ceramah
yang telah disampaikan oleh salah seorang juri rancangan ‘Ustazah Pilihan’
iaitu Ustazah Zawiah binti Hassan. Selesai ceramah, para jemputan yang hadir
telah disajikan dengan jamuan makan tengahari yang telah diadakan di Masjid
Daerah Tangkak.
- Laporan dari En. Mohd Hakim Bin. Mohd Nasir -
Family Day 2011 di Gambang Water Park
 
15 - 16 October 2011, dua buah bas disediakan untuk membawa keluarga kakitangan ILP Ledang ke destinasi yang dituju. Sebanyak 57 keluarga seramai 217 orang terlibat dalam program hari keluarga yang berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yng dijalankan mandi-manda bersama keluarga, Makan malam dan cabutan bertuah, Sukaneka. pada kakitangan yg ingin mendapatkan softcopy gambar, boleh dapatkan di pusat sumber. 
Robotics Challenge Week 2011
Robot Challenge Week (RCW) 2011 telah diadakan di Multimedia Univerisiti Melaka, pada 10 - 11 Disember 2011. ILP Ledang telah menghantar sebanyak 5 buah robot yang direkacipta oleh 29 orang pelajar dari Teknologi Mekatronik dan dibantu oleh 5 orang pengajar iaitu En. Mat Nizam, En. Ahmad Mohsin, En. Hussin, En Azmi Buhari dan Cik Dyantilaila. Pelajar yang terlibat terdiri dari semester 1 , 2 dan 3. Perlawanan dibuat secara berkumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D. Dibawah adalah senarai nama robot mengikut kumpulan dan keputusan seluruh perlawanan:
KUMP A: (1) Kenna Boi, (2) Jack Sparrow
KUMP B: Zoragon
KUMP C: Ghost
KUMP D: Meio Zorro
Keputusan Perlawanan Pertama 
- Kenna Boi lwn VTT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat) dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn The Black Lotus (Polisas), dimenangi oleh The Black Lotus
- Ghost lwn UTEM, dimenangi oleh UTEM
- MeioZorro lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Meio Zorro
Keputusan Perlawanan Kedua
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Puo Terra
- Jack Sparrow lwn Psyclops (ILP KL), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM Perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Diffoser (DHRA), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Meio Zorro
Keputusan Perlawanan Ketiga
- Kenna Boi lwn Kuro (MMU Melaka), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Hammer Beez (ILP PG), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn UM-A (CPDM-UM), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Buggy Amur (Polisas), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow
Keputusan Perlawanan Kalah Mati
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Mieo Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Stingray
- Kenna Boi lwn TT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow
Keputusan Perlawanan Suku Akhir
- Kenna Boi lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Kenna Boi
- Zoragon lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
- Kenna Boi lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B
Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat 3 dan 4
- Kenna Boi lwn Anak Putra (UPM), dimenangi oleh Kenna Boi
Hari Kemerdekaan Ke-54
 ILP Ledang sekali lagi menghantar wakil seramai 37orang termasuk pelajar berbilang kaum untuk menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Tangkak pada 11.9.2011. Walaupun ILP Ledang tidak memenangi apa-apa kategori, namun dengan semangat jalur gemilang, anggota perbarisan masih kekal di padang walaupun ketika hujan lebat :) tahniah ILP Ledang. see you'll next year.. 
Lawatan Pelajar IT ke Cisco Kuala Kumpur
11 Mei 2011, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian yang terdiri dari 33 orang pelajar & pengajar telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cisco System Sdn Bhd di One Central Kuala Lumpur. 2 orang pegawai dari Cisco telah menyambut kedatangan pelajar² ILP Ledang, iaitu En Iezarif dan En. Mukriz. Pelajar² dibawa ke bilik perbincangan cisco untuk sesi taklimat sebelum dibawa ke bilik Sidang Video. Komunikasi sidang video dibuat secara langsung dengan Peserta dari Negara Thailand & Filipina. Antara aktiviti yang disediakan semasa sidang video iaitu kuiz antara pelajar dari Malaysia dan Filipina. Selain itu sesi mencuba bakat dalam konfigurasi router menggunakan peralatan sebenar. Semasa taklimar berlangsung pelajar² IT diberikan panduan berkenaan kursus yang telah disediakan pihak Cisco iaitu CCNA, CCNP, CCIE. Banyak maklumat dan pengetahuan baru telah dipelajari semasa lawatan tersebut. Pihak pengurusan ILP Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak cisco kerana memerikan layanan yang terbaik semasa lawatan tersebut. 
Weldtek Welding Competition Metaltec 2011
Seramai dua orang pelajar Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, ILP Ledang  telah menyertai Pertandingan Weltek Welding Competition Metaltec 2011  yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada Muhammad  Hairy bin Asmuni dan Zamru Bin Zakaria kerana berjaya mendapat tempat  kedua dan keempat dalam pertandingan tersebut. Semoga pencapaian ini  menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk menguji  kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Pertandingan Futsal Tertutup Jabatan Kerajaan Daerah Ledang
 ILP Ledang telah menghantar 1 pasukan futsal staff untuk bertanding dalam pertandingan tersebut. dan setelah undian dibuat, pasukan ledang berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Pejabat Daerah Ledang B & Pejabat Tanah A. Pasukan ledang berjaya mara kepusingan kedua dan berentap dengan Pejabat Tanah B tetapi tewas dengan mata 2-1. Walaubagaimanapun, pasukan ledang berpuashati dengan keputusan tersebut kerana ini adalah pertama kali pasukan ini diwujudkan. Diharap pada masa akan datang pasukan staff ILP Ledang akan lebih bersedia dan bersemangat :) 
Lawatan 5S ke Epson Precision (Johor) Sdn Bhd

Lawatan diadakan pada 23hb Februari 2011 yang melibatkan 36 orang yang terdiri dari para Pensyarah dan Pelajar ILP Ledang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana budaya 5S dijalankan di kilang tersebut. Selain itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk dipraktikkan di institut. Antara aktivti yang telah disediakan oleh pihak EPSON ialah taklimat ringkas profil syarikat, lawatan ke bahagian pengeluaran produk.
Subscribe to:
Comments (Atom)











































