Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Lawatan Pelajar IT ke Cisco Kuala Kumpur

11 Mei 2011, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian yang terdiri dari 33 orang pelajar & pengajar telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cisco System Sdn Bhd di One Central Kuala Lumpur. 2 orang pegawai dari Cisco telah menyambut kedatangan pelajar² ILP Ledang, iaitu En Iezarif dan En. Mukriz. Pelajar² dibawa ke bilik perbincangan cisco untuk sesi taklimat sebelum dibawa ke bilik Sidang Video. Komunikasi sidang video dibuat secara langsung dengan Peserta dari Negara Thailand & Filipina. Antara aktiviti yang disediakan semasa sidang video iaitu kuiz antara pelajar dari Malaysia dan Filipina. Selain itu sesi mencuba bakat dalam konfigurasi router menggunakan peralatan sebenar. Semasa taklimar berlangsung pelajar² IT diberikan panduan berkenaan kursus yang telah disediakan pihak Cisco iaitu CCNA, CCNP, CCIE. Banyak maklumat dan pengetahuan baru telah dipelajari semasa lawatan tersebut. Pihak pengurusan ILP Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak cisco kerana memerikan layanan yang terbaik semasa lawatan tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum..
boleh saya dapatkan no pegawai incharge iaitu En Iezarif dan En. Mukriz x. Saya bercadang untuk membuat lawatan ke cisco juga. terima kasih atas kerjasama