Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Komuniti. Show all posts

Program Gotong-Royong bersama Komuniti Ledang

Pada 16 Julai 2012, Seramai 40 orang pelajar dari kursus Kimpalan, Produk Industri & Fabrikasi terlibat dengan program komuniti di Kampung Melepang, Sagil. Pelajar² dan penduduk kampung bersama² membersihkan dan mengecat kawasan balai raya dan surau di kampung tersebut.

Team MCP ILP Ledang dan Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012

Pada 22 Mei 2012, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012 di PERSADA Johor. Team Multiple Camera Production ILP Ledang bersama dengan Jurugambar dari ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Melaka telah di pertanggungjawabkan oleh Ibu Pejabat untuk membuat liputan video dan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. Seramai 10 orang tenaga kerja bertungkus lumus memastikan majlis tersebut direkod dalam bentuk video.

Program Anak Angkat

Program Anak Angkat telah diadakan di Kg, Parit Baru, Batu 18 Air Hitam Muar pada 20 - 22 April 2012. program ini dianjurakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILP Ledang dengan kerjasama KRT Kg. Parit Baru. Seramai 42 orang pelajar ILP Ledang terlibat dalam program ini, manakala 16 buah keluarga sudi menerima pelawaan untuk program anak angkat kali pertama ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong-royong membersihkan surau dan balai raya, gotong - royong memasak nasi ambang, program kuliah agama dan perlawanan bola persahabatan antara penduduk kg. Terima kasih atas kesudian penduduk kg parit baru bagi menjayakan program ini dan insyAllah tahun depan bertemu lagi dan mempelbagaikan lagi aktiviti bersama keluarga angkat.

Program Derma Darah 1 / 2012

9.2.2012, Program derma darah yang diadakan seperti biasa setiap kali kemasukan pelajar baru ILP Ledang, Seramai 400 pelajar dan kakitangan ILP Ledang bersungguh dan bersemangat menderma darah bagi mencapai sasaran program tersebut. program ini dianjurkan oleh Hospital Sultanah Aminah, Muar dengan kerjasama ILP Ledang.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2012


Pada 5 Februari 2012(Ahad), satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang telah diadakan di Dataran Ledang,Tangkak. Sambutan ini telah disertai oleh semua jabatan kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan seluruh daerah Ledang. Sebagai wakil jabatan kerajaan, ILP Ledang telah menghantar wakilnya untuk turut serta didalam acara yang penuh bermakna dan barakah ini. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Hentian Bas dan Teksi Tangkak menuju ke Dataran Ledang. Selawat ke atas Rasulullah S.A.W dialunkan sambil diiringi oleh paluan kompang. Setibanya di Dataran Ledang, majlis diteruskan dengan Marhaban dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Ledang. Kemuncak sambutan yang bertemakan  “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” ini ialah ceramah yang telah disampaikan oleh salah seorang juri rancangan ‘Ustazah Pilihan’ iaitu Ustazah Zawiah binti Hassan. Selesai ceramah, para jemputan yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan tengahari yang telah diadakan di Masjid Daerah Tangkak.

- Laporan dari En. Mohd Hakim Bin. Mohd Nasir -

Program Qurban di Surau Al-Jazari

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2011, ILP Ledang mengadakan program ibadah korban hasil cetusan idea Tuan Pengarah, En Adnan Bin Ismail yang di sertai oleh kakitangan ILP Ledang. Program ini dilaksanakan pada 8 November 2011, di Surau Al-Jazari ILP ledang. sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada program kali ini. Seluruh warga ILP turut sama bekerjasama dalam program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk meningkatkan lagi ukhuwah antara warga ILP.

Program Derma Darah Sesi 1/2011


pada 7 Februari 2011, Pihak pengurusan ILP Ledang dengan kerjasama dari Hospital Sultanah Fatimah, Muar telah mengadakan Program Menderma Darah bagi sesi 1/2011. Seramai 86 orang pelajar dan kakitangan ILP Ledang sukarela menderma darah yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Cenderahati untuk Kembara Mahkota Johor 2010


ILP ledang telah diberi tanggungjawab oleh Pejabat Daerah Ledang untuk menyediakan satu cenderahati sempena Kembara Mahkota Johor 2010 yang telah berlangsung pada 7 - 9 Ogos 2010. Proses pembuatan cenderahati ini telah dibuat 100% oleh pelajar kursus CNC iaitu Mohd Azlan, Muhamad Farid, Mohd Azizi. dan di ketuai oleh pensyarah dari bengkel Pemesinan CNC iaitu En Wan Azman. Masa untuk menyiapkan cenderahati ini ialah selama 1 minggu.

Mesyuarat Komuniti ILP Ledang Bil. 2/2010

Sentuhan Kasih


8 Mei 2010 – Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Muar (PRAYIM) telah selamat dijalankan oleh Unit Kaunseling bersama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Institut (PRI ). Seramai 30 orang fasilitator telah di latih untuk menjayakan program ini. PRAYIM mempunyai 97 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga tingkatan 6. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangan antaranya senaman robik , sukaneka, program ramah mesra , ice- breaking dan latihan dalam kumpulan. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik serta banyak input yang diterima oleh ahli kelab PRI. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menajdi seorang fasilitator yang berkesan. Semoga program sebegini dapat dipergiatkan.

Program Gotong-Royong bersama Komuniti

Program Derma Darah


Pada 10hb Februari 2010, ILP Ledang telah mengadakan Program Menderma Darah anjuran bersama Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Program yang bermula dari pukul 9.30 sehingga 4.00ptg ini telah menarik minat seramai 147 orang pelajar untuk menderma darah.

Majlis Pelancaran Job Malaysia

29 Dis 2009 – Jabatan Tenaga Kerja telah mewujudkan Job Malaysia di setiap institut ILJTM di seluruh Malaysia. ILP Ledang adalah salah satu institut yang diberikan tanggung jawab untuk menjalankan aktiviti Job malaysia. Satu majlis pelancaran telah selamat dilaksanakan dengan dihadiri Ahli Komuniti ILP dengan tujuan untuk menyebarkan promosi ini secara meluas. Sebenarnya program ini bertujuan untuk membantu masyarakat serta memudahkan pencari kerja serta majikan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma tanpa bayaran serta segala tunjuk ajar akan diberikan oleh pegawai yang bertugas untuk melayari laman web Job Malaysia. Sehubungan dengan itu , kepada semua lepasan graduan serta komuniti dijemput untuk mengunjungi ILP ledang untuk menggunakan perkhidmatan ini.”Gerbang Kerjaya Interaktif Anda”

Mesyuarat Komuniti Bil. 2/2009

29 Dis 2009 – ILP Ledang telah melaksanakan Mesyuarat Komuniti bil 2 untuk tahun 2009. Tujuan utama mesyuarat komuniti ini untuk mewujudkan kerjasama ahli serta sumbangan dan bantuan pihak ILP kepada komuniti. Seramai 26 ahli telah dijemput pada kali ini. Antara aktiviti yang berjaya dilakukan pada tahun ini adalah aktiviti gotong royong di kampung-kampung dan daerah , aktiviti Tadarus Al-Quran , mengikuti program sukan daerah , sukan-sukan persahabatan bersama IPT, membantu memantau saringan H1N1 di ILP bersama pejabat kesihatan , Program Derma Darah , serta aktiviti kaikatangan secara sukarelawan bersama kominiti setempat. Semoga dengan kewujudan jawatankuasa komuniti ini dapat kerjasama untuk tahun 2010.