Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Majlis Pelancaran Job Malaysia

29 Dis 2009 – Jabatan Tenaga Kerja telah mewujudkan Job Malaysia di setiap institut ILJTM di seluruh Malaysia. ILP Ledang adalah salah satu institut yang diberikan tanggung jawab untuk menjalankan aktiviti Job malaysia. Satu majlis pelancaran telah selamat dilaksanakan dengan dihadiri Ahli Komuniti ILP dengan tujuan untuk menyebarkan promosi ini secara meluas. Sebenarnya program ini bertujuan untuk membantu masyarakat serta memudahkan pencari kerja serta majikan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma tanpa bayaran serta segala tunjuk ajar akan diberikan oleh pegawai yang bertugas untuk melayari laman web Job Malaysia. Sehubungan dengan itu , kepada semua lepasan graduan serta komuniti dijemput untuk mengunjungi ILP ledang untuk menggunakan perkhidmatan ini.”Gerbang Kerjaya Interaktif Anda”

6 comments:

wakjaman said...

salam. en hadi, program ini x nak masukkan kat berita harian..satu maklumat yg perlu diketahui oleh org ramai..

@di said...

baik wak jaman.. nanti saya emailkan gambar dan maklumat berkenaan progaram ni.. ramai yang masih belum tahu adanya ruangan interaktif job malaysia di ilp ledang.. patut di war2 kan kepada umum..

s@nd said...

kena g ilp ledang ke nie??

@di said...

kalu kat rumah ada internet bleh online terus.. tapi kalau perlu bantuan khidmat nasihat cara nak daftar bleh datang ke ILP Ledang.

s@nd said...

camana nak daftar?? laman web??

@di said...

laman web job malaysia boleh gi website ni
http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces