Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ILP Ledang

 Sambutan Maulidur Rasul 2012 bersamaan 1433H telah diadakan di ILP Ledang pada 24.2.2012 dengan tema  "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Semua Pelajar dan Kakitangan ILP Ledang yang beragama Islam memulakan program dengan berarak membawa sepanduk sambil berselawat ke atas Nabi mengelilingi Institut dan lokasi diakhiri di Surau Al-Jazari. Sebanyak 8 sepanduk di pertandingankan semasa program tersebut. Tempat pertama bagi sepanduk tercantik dimenangi oleh kursus Kimpalan, Tempat kedua dimenangi oleh kursus Teknologi Pembuatan dan di tempat ketiga dimenangi oleh kursus Produk Industri. Tahniah kepada yang berjaya. Selain itu juga, ceramah agama juga diadakan selepas selesai program berarak. penceramah yang dijemput bernama Ustaz Jaafar Bin Hayat dari Sijangkang, Selangor. Tajuk yang disampaikan adalah "kelebihan Selawat".

Taklimat 5S kepada Pelajar ILP Ledang

 
Pada 21.2.2012 Taklimat 5S telah disampaikan oleh Tn. Hj. Saat Bin Pawi Pengerusi Jawatankuasa Kecil Latihan 5S. Taklimat disampaikan kepada pelajar-pelajar semester 1 dan 2. Antara topik yang ditekankan adalah pengenalan kepada 5S iaitu  

1) Sisih (Seiri), 
2) Susun (Seiton),  
3) Sapu (Seiso),  
4) Seragam (Seiketsu),
5) Sentiasa Amal (Shitsuke). 

Matlamat utama taklimat ini diadakan adalah memberikan pendedahan kepada pelajar baru kepentingan dan kebaikan mengamalkan 5S dalam kerja seharian. Selepas ini, Pelajar akan didedahkan dengan membuat lawatan ke tempat yang sudah berjaya melaksanakan dan mendpat persijilan 5S.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan Lembaga Pertubuhan Peladang


16-2-12, Perlawanan persahabatan di antara staff ILP Ledang menentang staff Lembaga Pertubuhan Peladang di Padang besar ILP Ledang. Perlawanan bermula pada sekitar pukul 6 petang, pada separuh masa pertama ILP Ledang ketinggalan 2-0. Pada separuh masa kedua pula, ILP Ledang berjaya mengawal permainan dan perlawanan diakhiri dengan kemenangan kepada ILP Ledang 3-2. tahniah!

Kursus Perlaksanaan Kaedah Perolehan Sebutharga Secara Online bersama pihak CDC

16-2-12, kursus ini bagi memperkenalkan kakitangan ILP Ledang yang terlibat secara langsung dengan pengurusan stor kepada proses baru pembelian perolehan barang bengkel secara online. kursus ini telah dianjurkan oleh pihak CDC. Antara kakitangan yang terlibat adalah Tn Pengarah, Pegawai tadbir, Ketua Bahagian dan kakitangan yg menguruskan stor bengkel. kursus diadakan bermula dari pukul 9pagi sehingga 5ptg.

Program Derma Darah 1 / 2012

9.2.2012, Program derma darah yang diadakan seperti biasa setiap kali kemasukan pelajar baru ILP Ledang, Seramai 400 pelajar dan kakitangan ILP Ledang bersungguh dan bersemangat menderma darah bagi mencapai sasaran program tersebut. program ini dianjurkan oleh Hospital Sultanah Aminah, Muar dengan kerjasama ILP Ledang.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2012


Pada 5 Februari 2012(Ahad), satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang telah diadakan di Dataran Ledang,Tangkak. Sambutan ini telah disertai oleh semua jabatan kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan seluruh daerah Ledang. Sebagai wakil jabatan kerajaan, ILP Ledang telah menghantar wakilnya untuk turut serta didalam acara yang penuh bermakna dan barakah ini. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Hentian Bas dan Teksi Tangkak menuju ke Dataran Ledang. Selawat ke atas Rasulullah S.A.W dialunkan sambil diiringi oleh paluan kompang. Setibanya di Dataran Ledang, majlis diteruskan dengan Marhaban dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Ledang. Kemuncak sambutan yang bertemakan  “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” ini ialah ceramah yang telah disampaikan oleh salah seorang juri rancangan ‘Ustazah Pilihan’ iaitu Ustazah Zawiah binti Hassan. Selesai ceramah, para jemputan yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan tengahari yang telah diadakan di Masjid Daerah Tangkak.

- Laporan dari En. Mohd Hakim Bin. Mohd Nasir -

Perpisahan En. Anizan Bin Mohamad

Majlis jamuan perpisahan dianjurkan oleh Kelab Kebajikan kakitangan ILP Ledang bagi menghargai sumbangan En Anizan Mohamad selama bertugas mendidik pelajar-pelajar di sini sehingga berjaya. beliau seorang yang mudah tersenyum dan cool memang amat disenangi oleh semua warga ILP Ledang. beliau kini telah berpindah mengajar di SMK Tun Mamat, Tangkak Ledang.