Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Jamuan Hari Raya anjuran KSK ILP Ledang


14 Oktober 2009 - Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Ledang telah Mengadakan sambutan Hari Raya 2009 bertempat di Dewan Serbaguna ILP Ledang bermula jam 8.30 malam. Semua kakitangan ILP Ledang dan Jawatankuasa Komuniti hadir bersama-sama meraikan majlis berkenaan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Tarian Joget, Tarian Zapin dan Persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar.

Majlis Marhaban di Kuarters ILP Ledang


Warga ILP Ledang mengadakan majlis marhaban dari rumah ke rumah selepas solat isyak. Majlis Marhaban dilaksanakan selama 3 hari dimulakan dari kuarters G, F dan seterusnya kuarters H. Selepas majlis marhaban pelbagai juadah hidangan disediakan pada para tetamu. Selain dari aktiviti marhaban, majlis cukur jambul juga diadakan atas permintaan kakitangan ILP.

Majlis Perpisahan Staff ILP Ledang



Jamuan perpisahan untuk kakitangan ILP Ledang yang akan berpindah ke Jabatan lain. Jamuan dianjurkan oleh KSK IlP Ledang. Antara aktiviti yang dijalankan ucapan dari wakil pengarah En fazlul, ucapan dari staff yang dirai dan penyampaian cenderahati. Selain itu juga, kelab menyediakan cenderahati kepada kakitangan yang mendapat cahaya mata.
kakitangan yang berpindah:

En. Yusof - ILP Nibong Tebal
En. Sahrul Nizam - ILP Pasir Gudang

Program Menderma Darah 2009



Program menderma darah di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Program bermula pada pukul 9 pagi dan berahkir pada pukul 4 petang.

Jamuan Hari raya di Pentadbiran



Bahagian Pentadbiran ILP Ledang mengadakan jamuan ringan sempena Hari Raya Aidilfitri di Pantri Pentadbiran. Turut hadir bagi memeriahkan suasana ialah kakitangan dari Pusat Sumber dan Bahagian Teknologi Maklumat.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim



15hb September 2009 - majlis berbuka puasa warga ILP bersama anak-anak yatim telah diadakan di Pertubuhan Anak Yatim Islam Segamat. Seramai 28 pelajar dan 7 orang pengajar hadir pada majlis tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan antaranya masak bubur lambuk, pemberian duit raya kepada anak-anak yatim, dan pemberian cenderahati dan kutipan derma kepada anak-anak yatim.