Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Kelab. Show all posts
Showing posts with label Kelab. Show all posts

Sukan Rakyat ILP Ledang 2013

Pada 3 Januari 2013, Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan telah menganjurkan Aktiviti Sukan Rakyat di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Antara aktiviti yang disediakan ialah Carrom, Congkak, Batu Seremban, Galah panjnag, Ping-pong, Dart, Badminton dan Video games (fifa). tujuan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahin di kalangan kakitangan ILP Ledang.
1. Pn. Zahariah fokus membuat aim dlm permainan carrom.
2. Pn. Nurul dan rakan wanita bermain batu seremban
3. Cik Rashidah bersabar menunggu giliran dalam permainan congkak.
4. En. Imran yang sentiasa tersenyum dalam permainan badminton.
5. En. Rizal Selamat serius dalam permainan Dart.
6. En. Hafiz J penuh bergaya bermain permainan ping pong dengan membuat pukulan potong tajam.
7. Pn. Miss memastikan kawasan petak dijaga rapi dalam permainan galah panjang.

Keputusan:
Batu Seremban (Perempuan)                  Batu Seremban (Lelaki)
1. Nadiah Mohd Dagang                         1. Al-Hazari
2. Dyantilaila Kasan Murad                     2. Ustaz Md. Yatim
3. Nurul Nurani Hang Jebat                    3. Zamry Zakaria







Congkak (Perempuan)                 Congkak (Lelaki)                     Dart (Perempuan)                  Dart (Lelaki)
1. Pn. Ramnah                            1. Zamry Zakaria                    1. Rashidah                           1. Suhaini Musa
2. Siti Mirani                              2. Wahni Rizal                        2. Zahariah                           2. Azrul Norazmi
3. Khairiah                                 3. Hadi Bassir                         3. Siti Zuraini                        3. Rizal Selamat

Ping Pong (Perempuan)             Ping Pong (Lelaki)                            Carrom (Perempuan)        Carrom (Lelaki)
1. Wan Nor Azlina                     1. Azmi J / Hafiz J                           1. Wan Nor Azlina             1. Azmi J
2. Rashidah                              2. Mt. Nizam / Hakim                       2. Zahariah                      2. Ameer
3. Khairiah                               3. Wahni Rizal /Ustaz Mt. Yatim        3. Diyantilaila                   3. Wahni Rizal

Badminton (Lelaki)                               Badminton (Bergu Lelaki)                              Fifa 2013
1. Azmi B                                             1. Al-Hazari / Helmeskandar                         1. Hadi Bassir
2. Helmeskandar                                  2. Norlizanto / Hakim                                   2. Wahni Rizal
3. Mt. Nizam                                       3. Sony / Halim                                            3. Azmi J

Annual Dinner Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan ILP Ledang 2012

Majlis Makan Malam anjuran KSK ILP Ledang telah diadakan di Mahkota Hotel, Melaka pada 13 Oktober 2012, Seramai 60 orang staff bersama ahli keluarga hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. antara program menarik yang disediakan ialah cabutan bertuah dan sesi karaoke.

Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 1/2012

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Ledang telah menganjurkan satu Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 1/2012 pada 20 Jun 2012. Majlis ini turut meraikan penghargaan kepada semua warga ILP Ledang di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses untuk mendapatkan persijilan QE-5S yang diperolehi pada 1 Jun 2012.




Perlawanan Bowling antara Staff ILP Ledang

28-2-2012, Penat tapi Meriah!!, itulah suasana yang berlaku semasa perlawanan bowling antara staff yang diadakan di MIBC Melaka. Seramai 25 orang peserta mengambil bahagian dalam perlawanan bowling ini. Tujuan utama perlawanan diadakan adalah bagi memilih wakil ILP Ledang untuk bertanding acara Bowling di Sukan ILJTM Zon Selatan yang akan diadakan di ILP Mersing pada penghujung bulan Mac 2012. Johan bowling dimenangi oleh Kumpulan En. Azrul Norazmi, Naib Johan Dimenangi oleh Kumpulan En. Zamry Zakaria, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan En. Hafiz. Jatuhan pin paling banyak untuk kategori lelaki dimenangi oleh En. Hafiz, manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Pn. Maharani Haled. Tahniah kepada yang berjaya. Bagi yang tak bernasib baik, cuba lagi untuk perlawanan akan datang..

Family Day 2011 di Gambang Water Park

 
15 - 16 October 2011, dua buah bas disediakan untuk membawa keluarga kakitangan ILP Ledang ke destinasi yang dituju. Sebanyak 57 keluarga seramai 217 orang terlibat dalam program hari keluarga yang berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yng dijalankan mandi-manda bersama keluarga, Makan malam dan cabutan bertuah, Sukaneka. pada kakitangan yg ingin mendapatkan softcopy gambar, boleh dapatkan di pusat sumber.

Indoor Game ILP Ledang


Pertandingan "Indoor Game" ILP ledang untuk kakitangan anjuran Kelab Sukan & kebajikan. Pertandingan berlangsung pada pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang. Antara permainan yang telah dipertandingkan ialah Ping Pong, Congkak, Karoom, Dart dan Batu Seremban.

Jamuan Perpisahan Staff


Jamuan perpisahan anjuran KSK ILP Ledang untuk kakitangan yang akan berpindah. Senarai kakitangan yang berpindah seperti di bawah:
1) En Mohd Zainol B. Md Noor - ILP Ipoh
2) En Isman - Syarikat Swasta
3) En Badrul Hisyam - Syarikat Swasta
4) En Syukri Che Mansor - Syarikat Swasta

Majlis Perpisahan Staff ILP Ledang



Jamuan perpisahan untuk kakitangan ILP Ledang yang akan berpindah ke Jabatan lain. Jamuan dianjurkan oleh KSK IlP Ledang. Antara aktiviti yang dijalankan ucapan dari wakil pengarah En fazlul, ucapan dari staff yang dirai dan penyampaian cenderahati. Selain itu juga, kelab menyediakan cenderahati kepada kakitangan yang mendapat cahaya mata.
kakitangan yang berpindah:

En. Yusof - ILP Nibong Tebal
En. Sahrul Nizam - ILP Pasir Gudang

Majlis Perpisahan Staff & Pengarah ILP Ledang



Majlis perpisahan telah diadakan olek Kelab KSK bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh kakitangan dan Pengarah yang akan berpindah. Antara agenda Majlis ialah Ucapan dari Mantan Pengarah, Ucapan ringkas dari Pengarah baru, Ucapan dari kakitangan yang dirai, penyampaian hadiah kepada kakitangan dan majlis menadatangani penyerahan tugas antara En Zainudin Ahmad dengan En. Adnan B. Ismail. Senarai pegawai yang meninggalkan ILP Ledang:
1) En Zainudin B. Hj Ahmad - Pengarah ILP Kuala Langat
2) En. Izdamunir - ILP Kuala Langat
3) En. Kamarunnezam B. Abdullah - ILP Bukit Katil
4) Pn. Yahidah Bt. Zabar - ILP Ipoh