Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sambutan Maulidur Rasul 1434H di ILP Ledang




 Pada 8hb Februari 2013, kakitangan dan pelajar ILP menyambut sambutan Maulidur Rasul 1434H dengan berarak sambil berselawat mengelilingi kawasan ILP. antara aktiviti yang disediakan adalah ceramah agama di surau Al-Jazari.

Program Ceramah "Anda Bijak Jauhi Zina"

Pada 27.7.2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433H, ILP Ledang telah menganjurkan program ceramah "Anda Bijak Jauhi Zina" dengan kerjasama dari badan NGO iaitu IKRAM. Penceramahnya En. Mohd Azamudin (Azam Al-Kangkari) telah memberikan ceramahnya dengan penuh semangat kepada semua pelajar ILP Ledang tahun akhir.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ILP Ledang

 Sambutan Maulidur Rasul 2012 bersamaan 1433H telah diadakan di ILP Ledang pada 24.2.2012 dengan tema  "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Semua Pelajar dan Kakitangan ILP Ledang yang beragama Islam memulakan program dengan berarak membawa sepanduk sambil berselawat ke atas Nabi mengelilingi Institut dan lokasi diakhiri di Surau Al-Jazari. Sebanyak 8 sepanduk di pertandingankan semasa program tersebut. Tempat pertama bagi sepanduk tercantik dimenangi oleh kursus Kimpalan, Tempat kedua dimenangi oleh kursus Teknologi Pembuatan dan di tempat ketiga dimenangi oleh kursus Produk Industri. Tahniah kepada yang berjaya. Selain itu juga, ceramah agama juga diadakan selepas selesai program berarak. penceramah yang dijemput bernama Ustaz Jaafar Bin Hayat dari Sijangkang, Selangor. Tajuk yang disampaikan adalah "kelebihan Selawat".

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2012


Pada 5 Februari 2012(Ahad), satu sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang telah diadakan di Dataran Ledang,Tangkak. Sambutan ini telah disertai oleh semua jabatan kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan seluruh daerah Ledang. Sebagai wakil jabatan kerajaan, ILP Ledang telah menghantar wakilnya untuk turut serta didalam acara yang penuh bermakna dan barakah ini. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari Hentian Bas dan Teksi Tangkak menuju ke Dataran Ledang. Selawat ke atas Rasulullah S.A.W dialunkan sambil diiringi oleh paluan kompang. Setibanya di Dataran Ledang, majlis diteruskan dengan Marhaban dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Ledang. Kemuncak sambutan yang bertemakan  “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH” ini ialah ceramah yang telah disampaikan oleh salah seorang juri rancangan ‘Ustazah Pilihan’ iaitu Ustazah Zawiah binti Hassan. Selesai ceramah, para jemputan yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan tengahari yang telah diadakan di Masjid Daerah Tangkak.

- Laporan dari En. Mohd Hakim Bin. Mohd Nasir -