Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Majlis Pelancaran Job Malaysia

29 Dis 2009 – Jabatan Tenaga Kerja telah mewujudkan Job Malaysia di setiap institut ILJTM di seluruh Malaysia. ILP Ledang adalah salah satu institut yang diberikan tanggung jawab untuk menjalankan aktiviti Job malaysia. Satu majlis pelancaran telah selamat dilaksanakan dengan dihadiri Ahli Komuniti ILP dengan tujuan untuk menyebarkan promosi ini secara meluas. Sebenarnya program ini bertujuan untuk membantu masyarakat serta memudahkan pencari kerja serta majikan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma tanpa bayaran serta segala tunjuk ajar akan diberikan oleh pegawai yang bertugas untuk melayari laman web Job Malaysia. Sehubungan dengan itu , kepada semua lepasan graduan serta komuniti dijemput untuk mengunjungi ILP ledang untuk menggunakan perkhidmatan ini.”Gerbang Kerjaya Interaktif Anda”

Mesyuarat Komuniti Bil. 2/2009

29 Dis 2009 – ILP Ledang telah melaksanakan Mesyuarat Komuniti bil 2 untuk tahun 2009. Tujuan utama mesyuarat komuniti ini untuk mewujudkan kerjasama ahli serta sumbangan dan bantuan pihak ILP kepada komuniti. Seramai 26 ahli telah dijemput pada kali ini. Antara aktiviti yang berjaya dilakukan pada tahun ini adalah aktiviti gotong royong di kampung-kampung dan daerah , aktiviti Tadarus Al-Quran , mengikuti program sukan daerah , sukan-sukan persahabatan bersama IPT, membantu memantau saringan H1N1 di ILP bersama pejabat kesihatan , Program Derma Darah , serta aktiviti kaikatangan secara sukarelawan bersama kominiti setempat. Semoga dengan kewujudan jawatankuasa komuniti ini dapat kerjasama untuk tahun 2010.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ILP Ledang

Pada 2hb Disember 2009, Majlis Anugerah Pelajar 2009 yang diadakan di dewan kuliah ILP Ledang telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Ledang En Adnan bin Ismail. Seramai 113 orang pelajar menerima anugerah tersebut berdasarkan kecermalangan dalam matapelajaran dengan mendapat GPA 3.5 keatas. Selain itu juga, 8 orang pelajar bagi setiap kursus mendapat anugerah cermerlang terbaik dan seorang mendapat Anugerah Pengarah berdasarkan pencapaian terbaik dalam matapelajaran, aktiviti luar dan disiplin. Tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga majlis seperti ini menjadi pendorong kepada pelajar junior.