Pada 31hb Januari 2013, satu Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan 5S kepada Jabatan Perkhidmatan
 Awam Negeri Johor telah diadakan di Hotel The Zon 
Regency, Johor Bahru. Institut Latihan Perindustrian Ledang yang telah 
dipersijilkan dengan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S 
pada 1 Jun 2012 turut diundang untuk menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha
 Negeri Johor. Institut lain yang turut menerima anugerah yang sama adalah ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing. 
Pages
Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts
Taklimat Hala tuju 5S dari Pegawai ILP Pedas
Pada 31.1.13 Pegawai dari ILP Pedas, berbesar hati memberikan taklimat dan bercerita pengalaman berkenaan proses bagi pengauditan 5S kali kedua kepada kakitangan ILP Ledang. 
Program Gotong-Royong 5S 1/2013
Pada 23hb Januari 2013, ILP Ledang telah mengadakan gotong-royong perdana kali pertama bagi tahun 2013, semua pelajar dan kakitangan  bersama-sama berganding bahu bagi memastikan program gotong-royong berjalan dengan lancar ke arah pembaharuan semula Persijilan 5S
Lawatan Kerja Ketua Pengarah & Timb Ketua Pengarah JTM
 Lawatan kerja oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JTM ke ILP Ledang pada 5 Jun 2012. Antara aktiviti yang disediakan pada kunjungan tersebut adalah perjumpaan dengan Kakitangan ILP Ledang, Perjumpaan dengan Pelajar ILP Ledang, Perjumpaan dengan kontraktor, Pembentangan pengenalan 5S, Lawatan 5S ke bengkel² dan penyampaian sijil amalan kualiti 5S  kepada Pengarah.
Senarai pemenang pertandingan 5S terbaik:
1) Zon Keseluruhan Terbaik - Zon Angsana (IT)
2) Kaizen Terbaik - Zon Jati (Mekatronik)
3) Sudut 5S Terbaik - Zon Cendana (IPD)
4) Ruang Pejabat Terbaik - Zon Angsana (IT)
1) Zon Keseluruhan Terbaik - Zon Angsana (IT)
2) Kaizen Terbaik - Zon Jati (Mekatronik)
3) Sudut 5S Terbaik - Zon Cendana (IPD)
4) Ruang Pejabat Terbaik - Zon Angsana (IT)
Tahniah!! Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S
Tahniah ILP Ledang! Pada 1 Jun 2012 (Jumaat) ILP Ledang dengan rasminya 
telah mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Dengan markah gred A iaitu 88%, ILP Ledang adalah Institut yang ke 8 dari 32 Institut ILJTM yang menerima pengiktirafan persijilan 5S. Ribuan terima
 kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang atas kerjasama bertungkus
 lumus bagi menjayakan usaha ke arah persijilan ini.
Pelancaran Amalan Berkualiti 5S
Gotong-Royong Perdana (Sisih)
Gotong-Royong Perdana (Susun)
Gotong-Royong Perdana (Sapu)
Gotong-Royong Perdana (Seragam)
Pembentangan zon 5S oleh Pelajar²
Pertandingan Mencipta Logo 5S
Bengkel Isi kandungan Fail 5S oleh Pegawai 5S ILP Mersing
Penyerahan manual 5S kepada ketua zon
Ceramah kesedaran amalam berkualiti 5S dari pegawai MPC
Taklimat Amalan 5S kepada pelajar² baru oleh JK Latihan 5S
Kursus Audit Dalaman 5S ILP Ledang
Lawatan Benchmark 5S ke Politeknik Merlimau
Lawatan Benchmark 5S ke EPSON
Lawatan Benchmark 5S ke ILP Mersing
Lawatan Benchmark 5S ke ILP Pedas
 Lawatan Benchmark 5S ke IKBN Pagoh
 Lawatan Audit Dalaman dari ILP Mersing
Lawatan Audit Dalaman dari JK Audit 5S ILP Ledang
Lawatan Pre-Audit Persijilan 5S dari pihak MPC
Lawatan Audit Persijilan 5S dari pihak MPC (1.6.2012)
Gambar Beramai JK 5S ILP Ledang bersama En. Zul Izwan Mohamad dari MPC
Lawatan Penanda Arasan 5S di ILP Mersing
Pada 6.3.2012, Jawatankuasa 5S serta para pelajar seramai 40 orang mengadakan lawatan ke ILP Mersing bagi melihat sendiri proses amalan 5S yang telah dilaksanakan di sana. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak ILP Mersing adalah taklimat ringkas 5S, lawatan ke setiap zon 5S dan sesi penutup sebelum berangkat pulang. Kesimpulan dari lawatan yang telah dibuat, amalan 5S akan berjaya mencapai sasaran jika mendapat kerjasama dari semua pihak tidak kira kumpulan profesional & pengurusan atau kumpulan sokongan 1 & 2. Apa yang penting ILP Ledang sedang berusaha mengamalkan amalan 5S bagi merealisasi hasrat jabatan untuk mengiktiraf persekitaran berkualiti 5S pada Jun 2012.
Taklimat 5S kepada Pelajar ILP Ledang
 
Pada 21.2.2012 Taklimat 5S telah disampaikan oleh Tn. Hj. Saat Bin Pawi Pengerusi Jawatankuasa Kecil Latihan 5S. Taklimat disampaikan kepada pelajar-pelajar semester 1 dan 2. Antara topik yang ditekankan adalah pengenalan kepada 5S iaitu  
1) Sisih (Seiri), 
2) Susun (Seiton),  
3) Sapu (Seiso),  
4) Seragam (Seiketsu), 
5) Sentiasa Amal (Shitsuke). 
Matlamat utama taklimat ini diadakan adalah memberikan pendedahan kepada pelajar baru kepentingan dan kebaikan mengamalkan 5S dalam kerja seharian. Selepas ini, Pelajar akan didedahkan dengan membuat lawatan ke tempat yang sudah berjaya melaksanakan dan mendpat persijilan 5S. 
Gotong-Royong Perdana 5S Kali ke-3
Program Gotong-Royong Perdana untuk kali ke-3 ini telah sampai ke tahap Seiso iaitu Sapu atau menyapu. program bermula setelah selesai taklimat 5S dari MPC. 
Definisi Seiso: Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang² yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. 
Ceramah Amalan Persekitaran Berkualiti
Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Selatan, En Eamizan bin Hasim. Isi kandungan ceramah adalah berkenaan bagaimana hendak melaksanakan  Amalan 5S bagi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, kemas dan  dapat melaksanakan kerja lebih produktif. Antara kandungan ucapan yang menarik "Jangan  mengamalkan 5S seperti Tadika..., contoh melabel KIPAS pada peralatan yang kita sedia tahu ia adalah kipas"
Lawatan 5S ke Epson Precision (Johor) Sdn Bhd

Lawatan diadakan pada 23hb Februari 2011 yang melibatkan 36 orang yang terdiri dari para Pensyarah dan Pelajar ILP Ledang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana budaya 5S dijalankan di kilang tersebut. Selain itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk dipraktikkan di institut. Antara aktivti yang telah disediakan oleh pihak EPSON ialah taklimat ringkas profil syarikat, lawatan ke bahagian pengeluaran produk.
Pembentangan "Small Group Activities" 5S
Aktiviti SGA 5s diadakan seperti biasa pada setiap hari jumaat. kali ini pembentangan 5S dibuat dari bahagian pemesinan CNC & bahagian Pembuat Acuan Pembentuk. Pembentangan yang diadakan pada 26.12.2010 berlangsung di Dewan Kuliah Utama pada sesi pagi & petang. Lawatan Audit 5S dijalankan selepas setiap kali pembentangan dibuat.Pelancaran Program 5S
10 Mei 2010 –  Pelancaran 5S ILP telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan  utama program ini lebih kepada persediaan individu untuk memastikan  ruang bekerjanya selesa serta tersusun. Selain itu juga, Program ini  merupakan aktiviti yang penting untuk menjaga kebersihan serta  keselamatan diri semasa berkerja atau belajar. Pelancaran ini telah  dirasmikan oleh En. Adnan Bin Ismail selaku pengarah ILP Ledang. Program  ini turut dihadiri oleh 24 Ahli Jawatankuasa Komuniti yang berhampiran.  Selain daripada pelancaran terdapat juga pelbagai agenda lain antaranya  adalah Gotong Royong Perdana dan Pelancaran Lagu, Poster &  Logo  5S. Program ini melibatkan semua warga ILP Ledang. Semoga semua pihak dapat  bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan 5S dapat dilakukan untuk  manfaat kita bersama seiring dengan slogan hari pekerja 2010 `Pekerja  Berinovasi Pemacu Transformasi. Inilah transformasi ILP Ledang untuk  2010….Semoga Berjaya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
































