Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Negara. Show all posts
Showing posts with label Negara. Show all posts

Pertandingan ASEAN Skills Competition (ASC) 2012

Pada 11.11.2012 hingga 20.11.2012 salah seorang dari pelajar ILP Ledang iaitu saudara Zarul Azali dari Bidang Teknologi Komputer Rangkaian telah dipilih untuk mewakili Negara dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2012 di Jakarta Convention Centre (JKC), Indonesia. Turut mengiringi ialah Jurulatih beliau, En. Al- Hazari Jamal. 

Saudara Zarul mewakili Negara dalam bidang IT Network System System Administration. Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi pingat Medallion Of Excellent. Keseluruhan peserta ILJTM telah memenangi 2 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa dan 3 pingat medallion of excellent. 

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 bagi tahun 2012 dengan tema "Janji Ditepati" telah berlangsung di Dataran Ledang, Johor. Wakil seramai 50 orang yang terdiri dari kakitangan dan pelajar ILP Ledang terlibat dengan acara perbarisan hari kemerdekaan. tahniah kepada yang hadir.  

Antara pasukan perbarisan terbaik, bergerak kemas dalam barisan memperagakan pakaian hari kemerdekaan masing-masing.

Team MCP ILP Ledang dan Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012

Pada 22 Mei 2012, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012 di PERSADA Johor. Team Multiple Camera Production ILP Ledang bersama dengan Jurugambar dari ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Melaka telah di pertanggungjawabkan oleh Ibu Pejabat untuk membuat liputan video dan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. Seramai 10 orang tenaga kerja bertungkus lumus memastikan majlis tersebut direkod dalam bentuk video.

Weldtek Welding Competition Metaltec 2011

Seramai dua orang pelajar Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, ILP Ledang telah menyertai Pertandingan Weltek Welding Competition Metaltec 2011 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Hairy bin Asmuni dan Zamru Bin Zakaria kerana berjaya mendapat tempat kedua dan keempat dalam pertandingan tersebut. Semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk menguji kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Cenderamata kepada Perdana Menteri Malaysia

Sempena Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri Malaysia. Rekabentuk cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara, replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia. Penyediaan cenderamata melibatkan beberapa proses iaitu rekabentuk, pemesinan CNC, pemesinan konvensional, mengecat, polishing, plating, pemasangan dan kerja-kerja akhir. Bahan-bahan yang di gunakan adalah terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium bar untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel ball untuk replika globe, brass plate untuk peta dan acrylic plate untuk replika tapak cenderamata.