Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Family Day 2011 di Gambang Water Park

 
15 - 16 October 2011, dua buah bas disediakan untuk membawa keluarga kakitangan ILP Ledang ke destinasi yang dituju. Sebanyak 57 keluarga seramai 217 orang terlibat dalam program hari keluarga yang berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yng dijalankan mandi-manda bersama keluarga, Makan malam dan cabutan bertuah, Sukaneka. pada kakitangan yg ingin mendapatkan softcopy gambar, boleh dapatkan di pusat sumber.

Robotics Challenge Week 2011

Robot Challenge Week (RCW) 2011 telah diadakan di Multimedia Univerisiti Melaka, pada 10 - 11 Disember 2011. ILP Ledang telah menghantar sebanyak 5 buah robot yang direkacipta oleh 29 orang pelajar dari Teknologi Mekatronik dan dibantu oleh 5 orang pengajar iaitu En. Mat Nizam, En. Ahmad Mohsin, En. Hussin, En Azmi Buhari dan Cik Dyantilaila. Pelajar yang terlibat terdiri dari semester 1 , 2 dan 3. Perlawanan dibuat secara berkumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D. Dibawah adalah senarai nama robot mengikut kumpulan dan keputusan seluruh perlawanan:

KUMP A: (1) Kenna Boi, (2) Jack Sparrow
KUMP B: Zoragon
KUMP C: Ghost
KUMP D: Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Pertama 
- Kenna Boi lwn VTT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat) dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn The Black Lotus (Polisas), dimenangi oleh The Black Lotus
- Ghost lwn UTEM, dimenangi oleh UTEM
- MeioZorro lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Kedua
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Puo Terra
- Jack Sparrow lwn Psyclops (ILP KL), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM Perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Diffoser (DHRA), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Ketiga
- Kenna Boi lwn Kuro (MMU Melaka), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Hammer Beez (ILP PG), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn UM-A (CPDM-UM), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Buggy Amur (Polisas), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Kalah Mati
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Mieo Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Stingray
- Kenna Boi lwn TT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Suku Akhir
- Kenna Boi lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Kenna Boi
- Zoragon lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
- Kenna Boi lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat 3 dan 4
- Kenna Boi lwn Anak Putra (UPM), dimenangi oleh Kenna Boi

Tahniah Peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011

Kecemerlangan ILP Ledang khususnya dan ILJTM umumnya diteruskan lagi dengan pencapaian yang amat membanggakan di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ( PKM ) kali ke 12 tahun ini. Daripada 7 orang pelajar ILP Ledang yang berjaya ke peringkat akhir, 3 daripadanya telah berjaya mengharumkan nama ILP Ledang kerana dapat menduduki 3 tempat teratas dalam bidang yang ditandingi. Mereka adalah Saudara Mohd Zarul Azali yang telah memenangi pingat emas dalam bidang IT Network System Administration, Saudara Zamru Zakaria yang berjaya menggondol pingat perak bagi bidang Kimpalan manakala pingat gangsa telah berjaya ditakluki oleh Saudara Muhammad Izzuddin Rosli untuk bidang CNC Turning. ILP Ledang mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berharap agar usaha dan komitmen yang lebih gigih diteruskan untuk memastikan kejayaan di masa hadapan. Pencapaian cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk membuktikan kebolehan diri dalam bidang masing-masing selain dapat melahirkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar itu sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan juga wajar diberikan kepada para jurulatih yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melatih para pelajar demi untuk memastikan kejayaan dapat digenggami seterusnya dapat mengekalkan kualiti kemahiran yang dipertahankan selama ini. ILP Ledang Boleh!

Mengimbas kembali kronologi pertandingan, pada 4 hingga 6 April 2011, ILP Ledang telah diberi    penghormatan apabila terpilih menjadi tuan rumah untuk kali ketiga berturut-turut untuk Pra-Kelayakan   Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi bidang Mechanical Engineering Design – CAD yang menyaksikan 12 penyertaan di kalangan pelajar ILJTM yang mengambil bahagian iaitu ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ILP Bukit Katil, ILP Kuala Langat, ILP Pedas dan ILP Kota Kinabalu. Pertandingan kali ini diadili oleh 3 orang hakim profesional dari SIRIM, MFI dan UiTM. Sementara itu, sejumlah 16 orang pelajar ILP Ledang dari pelbagai bidang kemahiran telah menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia yang diadakan di serata lokasi terpilih dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7 orang pelajar layak ke peringkat akhir.

Tahniah Pemenang MySkills Kali ke -5 Tahun 2011

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohd Norhisham bin Mohamed Ali kerana berjaya memenangi pingat gangsa untuk bidang Mould Making di dalam Pertandingan Akhir Myskills ke-5 tahun 2011. Sebelum itu, sekalung penghargaan juga kepada 9 orang pengajar yang telah berjaya di dalam Ujian Saringan Myskills dan layak menempatkan diri dalam pelbagai bidang yang dipertandingkan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 3 orang layak ke peringkat akhir dalam bidang masing-masing iaitu En. Wan Azman, En. Suhaini Musa dan En. Norhisham. Pertandingan seumpama ini dilihat sebagai medan terbaik untuk para pengajar mengasah kemahiran, mencungkil ilmu, melahirkan persaingan yang sihat, menaikkan keyakinan diri di samping dapat menguji tahap kebolehan diri. Pihak ILP Ledang sangat mengalakkan penyertaan para pengajar dan sebagai bukti kesungguhan, pihak institut telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Kecemerlangan bagi menyemarakkan lagi semangat para pengajar untuk mengekalkan dan menaikkan imej ILJTM amnya dan ILP Ledang khususnya dengan berusaha sedaya-upaya di dalam pertandingan tersebut. ILP Ledang mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih hebat pada masa akan datang.

Program Qurban di Surau Al-Jazari

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2011, ILP Ledang mengadakan program ibadah korban hasil cetusan idea Tuan Pengarah, En Adnan Bin Ismail yang di sertai oleh kakitangan ILP Ledang. Program ini dilaksanakan pada 8 November 2011, di Surau Al-Jazari ILP ledang. sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada program kali ini. Seluruh warga ILP turut sama bekerjasama dalam program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk meningkatkan lagi ukhuwah antara warga ILP.

Jamuan Hari Raya Staff & Pelajar ILP Ledang

Jamuan Raya diadakan di Dewan Serbaguna pada 14.9.2011, pertama kali jamuan hari raya bergabung antara Pelajar dan kakitangan ILP Ledang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tahniah!!

Hari Kemerdekaan Ke-54

 ILP Ledang sekali lagi menghantar wakil seramai 37orang termasuk pelajar berbilang kaum untuk menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Tangkak pada 11.9.2011. Walaupun ILP Ledang tidak memenangi apa-apa kategori, namun dengan semangat jalur gemilang, anggota perbarisan masih kekal di padang walaupun ketika hujan lebat :) tahniah ILP Ledang. see you'll next year..

Lawatan Pelajar IT ke Cisco Kuala Kumpur

11 Mei 2011, Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian yang terdiri dari 33 orang pelajar & pengajar telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cisco System Sdn Bhd di One Central Kuala Lumpur. 2 orang pegawai dari Cisco telah menyambut kedatangan pelajar² ILP Ledang, iaitu En Iezarif dan En. Mukriz. Pelajar² dibawa ke bilik perbincangan cisco untuk sesi taklimat sebelum dibawa ke bilik Sidang Video. Komunikasi sidang video dibuat secara langsung dengan Peserta dari Negara Thailand & Filipina. Antara aktiviti yang disediakan semasa sidang video iaitu kuiz antara pelajar dari Malaysia dan Filipina. Selain itu sesi mencuba bakat dalam konfigurasi router menggunakan peralatan sebenar. Semasa taklimar berlangsung pelajar² IT diberikan panduan berkenaan kursus yang telah disediakan pihak Cisco iaitu CCNA, CCNP, CCIE. Banyak maklumat dan pengetahuan baru telah dipelajari semasa lawatan tersebut. Pihak pengurusan ILP Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak cisco kerana memerikan layanan yang terbaik semasa lawatan tersebut.

Weldtek Welding Competition Metaltec 2011

Seramai dua orang pelajar Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, ILP Ledang telah menyertai Pertandingan Weltek Welding Competition Metaltec 2011 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Hairy bin Asmuni dan Zamru Bin Zakaria kerana berjaya mendapat tempat kedua dan keempat dalam pertandingan tersebut. Semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk menguji kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Aktiviti Kesedaran Penggunaan Alat Pemadam Api bersama Bomba Tangkak

Lawatan Audit dari SIRIM

lawatan audit dari SIRIM

Lawatan UTEM ke ILP Ledang

Pada 6hb Mei 2011, 6 orang pegawai dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah membuat lawatan ke ILP Ledang. Tujuan lawatan adalah untuk melihat bagaimana proses pembelajaran dan aktiviti yang telah dilakukan pada tahun 2011 ini. Antara tentatif program ialah pembentangan dari pihak ILP Ledang dan lawatan ke bengkel². Bengkel Plastik Teknologi telah menyediakan pelbagai jenis cenderahati dari plastik seperti, senduk nasi, sudu, cawan yang dibuat 100% menggunakan mesin plastic injection moulding.

Kursus Pemantapan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

Kursus Pemantapan Audit Dalaman ini berlangsung Pada 4 sehingga 5 Mei 2011 bertempat di Dewan Kuliah Utama. Penceramah yang dijemput adalah Pn Faizah Bt.Harun Ketua Audit Dalaman Jabatan Tenaga Manusia. Sepanjang 2 hari berkursus antara aktiviti yang dijalankan seperti pembentangan 6 tajuk kursus berkaitan MS ISO 9001: 2008 dan latihan amali dengan membuat audit dalaman di bahagian pentadbiran & bengkel. Dengan adanya kursus audit ini, dapat memantapkan lagi perkhidmatan dalam Jabatan Tenaga Manusia, Selain itu juga dapat bersedia untuk lawatan Audit dari pihak SIRIM.

Gotong-Royong Perdana 5S Kali ke-3

Program Gotong-Royong Perdana untuk kali ke-3 ini telah sampai ke tahap Seiso iaitu Sapu atau menyapu. program bermula setelah selesai taklimat 5S dari MPC. 
Definisi Seiso: Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang² yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. 

Ceramah Amalan Persekitaran Berkualiti

Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Selatan, En Eamizan bin Hasim. Isi kandungan ceramah adalah berkenaan bagaimana hendak melaksanakan  Amalan 5S bagi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, kemas dan  dapat melaksanakan kerja lebih produktif. Antara kandungan ucapan yang menarik "Jangan  mengamalkan 5S seperti Tadika..., contoh melabel KIPAS pada peralatan yang kita sedia tahu ia adalah kipas"

Membaca Yaasin Setiap Jumaat

Sebelum memulakan kerja pihak institut telah mengdakan program membaca Yaasin beramai-ramai yang diadakan setiap hari Jumaat di Pusat Sumber bermula pada pukul 8.30 pagi. kakitangan yang berkelapangan hadir bagi mengimarahkan lagi program tersebut.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Harapan agar bekerja dengan lebih produktif, inovatif & kreatif :) pada tahun-tahun seterusnya. Antara penerima anugerah adalah 
dari kiri En. Nurul Hadi Bassir, En. Mohsin Mohd Yusoff, En. Ahmad Jhazuly Hisham B. Hashim, Cik Hanita Bt.Taib, Pn. Noraslinda Bt. Harun, Pn. Azani Bt. Abdul Ghani, En. Sufian Amran & En. Abdul Halim B. Abdullah (tiada dlm gambar)

Pertandingan Futsal Tertutup Jabatan Kerajaan Daerah Ledang

 
ILP Ledang telah menghantar 1 pasukan futsal staff untuk bertanding dalam pertandingan tersebut. dan setelah undian dibuat, pasukan ledang berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Pejabat Daerah Ledang B & Pejabat Tanah A. Pasukan ledang berjaya mara kepusingan kedua dan berentap dengan Pejabat Tanah B tetapi tewas dengan mata 2-1. Walaubagaimanapun, pasukan ledang berpuashati dengan keputusan tersebut kerana ini adalah pertama kali pasukan ini diwujudkan. Diharap pada masa akan datang pasukan staff ILP Ledang akan lebih bersedia dan bersemangat :)

Pertandingan Kemahiran Malaysia Kali ke-20, 2011

ILP ledang sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) kali yang ke-20 tahun 2011. Bidang yang dipertandingkan adalah Rekabentuk Kejuruteraan Mekanikal CAD yang bermula pada 4hb April sehingga 6hb April 2011. Seramai 24 peserta dari pelbagai institusi kemahiran awam dan swasta mencuba bakat mereka pada hari tersebut. ILP Ledang menghantar 2 orang peserta dari kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri. Jurulatih ILP Ledang adalah Hj Ramlan, Pn. Hazalinda Husin & Pn Nadiah Dagang.

Lawatan Kerja KP JTM ke ILP Ledang

Pada 31hb Mac 2011, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia En. Romli Bin Hj Hassan telah membuat lawatan kerja ke ILP Ledang. Sempena lawatan beliau, pihak ILP Ledang telah menyediakan aturcara sepanjang lawatan beliau, antaraya ialah ucapan khas dari beliau dalam majlis beramah mesra bersama kakitangan ILP Ledang, Sesi Soal Jawab, Lawatan ke bengkel², Perjumpaan bersama kontraktor² di ILP Ledang,  Majlis makan Durian :), Pihak ILP Ledang berbesar hati dengan lawatan yang telah dibuat oleh KP JTM.

Program "English Is Fun"


25hb Mac 2011 - Program bermula pada pukul 9.00 pagi. Lokasi program adalah di sekitar ILP yang dibahagikan kepada 6 station. terdapat 6 kumpulan diletakkan di setiap station dan setiap kumpulan diberikan tugasan untuk diselesaikan dalam masa 20 minit. Selepas selesai tugasan di station 1, mereka akan bergerak ke station seterusnya. Selain itu, Aktiviti Spelling Contest juga dijalankan di Dewan Kuliah Utama untuk kategori individu. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber & Bahagian Subjek Umum yang diketuai oleh Pn. Waheeda Bt. Rahmat. Program selesai pada pukul 12 tengahari.

Seminar Penerangan CUDBAS



Seminar yang dianjurkan oleh Unit Cess ILP Ledang telah diadakan pada 17hb Mac 2011 di Dewan Kuliah Utama bermula 10pagi sehingga 12 tengahari. tidak ramai kakitangan yang hadir pada seminar tersebut berkemungkinan komitmen kelas masing². Ceramah seminar telah diberikan oleh Pegawai dari ILP Pasir Gudang En.Ramaiah a/l Veerayah yang mempunyai pengalaman luas berkenaan program CUDBAS ini. Untuk pengetahuan CUDBAS ini adalah satu program fasilitator kepada industri kecil dan sederhana dalam membantu membangunkan proses kerja yang lebih efisyen.

Perlawanan Persahabatan ILP Ledang & Telekom Segamat


Perlawanan persahabatan dengan telekom segamat adalah perjumpaan kali yang ke-3. Perlawanan yang disusun pada awalnya adalah sukan ping pong, tapi permintaan dari telekom segamat untuk mengadakan sukan dart. walaupun pemain dart dari ledang kebanyakan injured, kami mempunyai pemain simpanan yang serba boleh :) ledang telah menghantar wakil sebanyak 10 orang. perlawanan berlangsung pada 10hb Mac 2011 bermula pada pukul3.30 petang di Dewan Serbaguna Ledang. Keputusan perlawanan memihak kepada Telekom Segamat.

Lawatan 5S ke Epson Precision (Johor) Sdn Bhd


Lawatan diadakan pada 23hb Februari 2011 yang melibatkan 36 orang yang terdiri dari para Pensyarah dan Pelajar ILP Ledang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana budaya 5S dijalankan di kilang tersebut. Selain itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk dipraktikkan di institut. Antara aktivti yang telah disediakan oleh pihak EPSON ialah taklimat ringkas profil syarikat, lawatan ke bahagian pengeluaran produk.

Lawatan Audit dari Pegawai JPK

Seminar Pendedahan Rekabentuk Oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

Pada 17hb Februari 2011, satu Seminar Pendedahan Rekabentuk dari Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Seminar bemula dari 10pagi sehingga 1 petang. Ceramah disampaikan oleh En. Alisham bin Ismail dibantu oleh En. Mazlan b. Markom dan Pn. Hidayatini Sarmin. Objektif seminar ini diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan tentang bidang rekabentuk khususnya dan tahu tentang arah tuju sesuatu rekabentuk yang dihasilkan oleh para pelajar. Selain itu juga, ia menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat untuk kebaikan kedua-dua pihak. Antara yang hadir ialah Ketua Jabatan Mekanikal, Ketua Bahagian IPDT, Ketua Bahagian Pembuat Acuan Pembentuk, Semua Pengajar IPDT dan Pelajar² IPDT & Pembuat Acuan Pembentuk. Untuk pengetahuan, MRM adalah di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Program Derma Darah Sesi 1/2011


pada 7 Februari 2011, Pihak pengurusan ILP Ledang dengan kerjasama dari Hospital Sultanah Fatimah, Muar telah mengadakan Program Menderma Darah bagi sesi 1/2011. Seramai 86 orang pelajar dan kakitangan ILP Ledang sukarela menderma darah yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Karnival Sukan Pelajar

29 Januari 2011, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan program karnival sukan terbuka kepada pelajar² dan kakitangan ILP Ledang dari 8.00pagi sehingga 5.00ptg. Antara acara yang diadakan seperti ping pong dan badminton kategori perseorangan dan beregu. Dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan pengajar ILP Ledang. Selain itu, dapat menggalakkan pelajar bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 1/2011





Pada 5hb Januari 2011, Pengambilan pelajar baru untuk kemasukan sesi 1/2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna ILP Ledang. Sesi pendaftaran telah dijalankan dari pukul 8.30pagi sehingga 1 tengahari. Seramai 80 orang pelajar memohon peringkat sijil, manakala bagi diploma seramai 22 orang pelajar. Aktiviti yang disediakan kepada pelajar² baru selama 5 hari adalah seperti sesi sebelum ini, iaitu aktitivi latihan dalam kumpulan, ceramah, senaman pagi, kuliah maghrib, aktiviti fizikal & mental dan malam kebudayaan.

Perjumpaan Kakitangan Bersama Pengarah


14hb Januari 2011, Bahagian Mekatronik memulakan penganjuran Perjumpaan Kakitangan Bersama Pengarah untuk kali pertama bagi tahun 2011. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai di Dewan Kuliah Utama yang di ketuai oleh En. Zulkarnaian (Imam Surau Al-Jazari). Agenda utama adalah ucapan pembentangan dari Ketua Jabatan Mekatronik Cik Maharani B. Haled yang bertajuk "Kaedah Pembelajaran Berkesan", dan Pembentangan KPI kakitangan ILP Ledang bagi tahun 2011. Selain itu juga penyampaian sijil SKM Tahap 2&3 bagi pengajar yang mengambil PPT pada tahun 2010.