Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Mesyuarat Komuniti ILP Ledang Bil. 2/2010

Pelancaran Program 5S

10 Mei 2010 – Pelancaran 5S ILP telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan utama program ini lebih kepada persediaan individu untuk memastikan ruang bekerjanya selesa serta tersusun. Selain itu juga, Program ini merupakan aktiviti yang penting untuk menjaga kebersihan serta keselamatan diri semasa berkerja atau belajar. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh En. Adnan Bin Ismail selaku pengarah ILP Ledang. Program ini turut dihadiri oleh 24 Ahli Jawatankuasa Komuniti yang berhampiran. Selain daripada pelancaran terdapat juga pelbagai agenda lain antaranya adalah Gotong Royong Perdana dan Pelancaran Lagu, Poster & Logo 5S. Program ini melibatkan semua warga ILP Ledang. Semoga semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan 5S dapat dilakukan untuk manfaat kita bersama seiring dengan slogan hari pekerja 2010 `Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi. Inilah transformasi ILP Ledang untuk 2010….Semoga Berjaya.

Sentuhan Kasih


8 Mei 2010 – Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Muar (PRAYIM) telah selamat dijalankan oleh Unit Kaunseling bersama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Institut (PRI ). Seramai 30 orang fasilitator telah di latih untuk menjayakan program ini. PRAYIM mempunyai 97 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga tingkatan 6. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangan antaranya senaman robik , sukaneka, program ramah mesra , ice- breaking dan latihan dalam kumpulan. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik serta banyak input yang diterima oleh ahli kelab PRI. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menajdi seorang fasilitator yang berkesan. Semoga program sebegini dapat dipergiatkan.

Cenderamata kepada Perdana Menteri Malaysia

Sempena Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri Malaysia. Rekabentuk cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara, replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia. Penyediaan cenderamata melibatkan beberapa proses iaitu rekabentuk, pemesinan CNC, pemesinan konvensional, mengecat, polishing, plating, pemasangan dan kerja-kerja akhir. Bahan-bahan yang di gunakan adalah terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium bar untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel ball untuk replika globe, brass plate untuk peta dan acrylic plate untuk replika tapak cenderamata.

Program Gotong-Royong bersama Komuniti

Program Literasi ICT


Program literasi ICT yang diadakan seminggu sekali khusus untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sekitar daerah Ledang dan Muar. Program ini adalah anjuran Unit CESS ILP ledang. Pelajar² akan dapat mempelajari asas penggunaan Microsoft Word, Excel dan Power Point.

Indoor Game ILP Ledang


Pertandingan "Indoor Game" ILP ledang untuk kakitangan anjuran Kelab Sukan & kebajikan. Pertandingan berlangsung pada pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang. Antara permainan yang telah dipertandingkan ialah Ping Pong, Congkak, Karoom, Dart dan Batu Seremban.

Kursus MCP (Multi Camera Production)


Kursus MCP berlangsung selama 2 minggu dari 12hb April sehingga 23hb April 2010. ILP ledang telah menjemput pengajar jemputan dari ILP Kota Bharu untuk membantu bersama2 melaksanakan kursus ini. Aktiviti sepanjang kursus berlangsung seperti mengenalpasti peralatan yg akan digunakan, membuat pemasangan dan tag pada kabel, menyediakan layout diagram kabel, mengetahui kerja2 sebagai penerbit, switcher, titleman, cameraman, audioman dan mempelajari teknik berkenaan kamera. Tujuan utama team MCP ini diwujudkan supaya studio rakaman video yang sedia ada "mobile" kan untuk penggunaan secara maksimum.