Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Pertandingan ASEAN Skills Competition (ASC) 2012

Pada 11.11.2012 hingga 20.11.2012 salah seorang dari pelajar ILP Ledang iaitu saudara Zarul Azali dari Bidang Teknologi Komputer Rangkaian telah dipilih untuk mewakili Negara dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2012 di Jakarta Convention Centre (JKC), Indonesia. Turut mengiringi ialah Jurulatih beliau, En. Al- Hazari Jamal. 

Saudara Zarul mewakili Negara dalam bidang IT Network System System Administration. Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi pingat Medallion Of Excellent. Keseluruhan peserta ILJTM telah memenangi 2 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa dan 3 pingat medallion of excellent. 

Annual Dinner Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan ILP Ledang 2012

Majlis Makan Malam anjuran KSK ILP Ledang telah diadakan di Mahkota Hotel, Melaka pada 13 Oktober 2012, Seramai 60 orang staff bersama ahli keluarga hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. antara program menarik yang disediakan ialah cabutan bertuah dan sesi karaoke.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri ILP Ledang

Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriah di Dewan Serbaguna ILP Ledang pada 8 September 2012 dengan tema P-Ramlee&Saloma. Kemeriahan dirasai oleh semua kakitangan, pengajar dan pelajar-pelajar ILP Ledang dengan bertambahnya aktiviti baru seperti aktiviti bergotong-royong menyediakan sendiri juadah makanan dan minuman, merekabentuk gerai makanan sendiri bagi setiap kursus, pakaian terbaik mengikut tema dan persembahan kugiran jemputan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 bagi tahun 2012 dengan tema "Janji Ditepati" telah berlangsung di Dataran Ledang, Johor. Wakil seramai 50 orang yang terdiri dari kakitangan dan pelajar ILP Ledang terlibat dengan acara perbarisan hari kemerdekaan. tahniah kepada yang hadir.  

Antara pasukan perbarisan terbaik, bergerak kemas dalam barisan memperagakan pakaian hari kemerdekaan masing-masing.

Program Ceramah "Anda Bijak Jauhi Zina"

Pada 27.7.2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433H, ILP Ledang telah menganjurkan program ceramah "Anda Bijak Jauhi Zina" dengan kerjasama dari badan NGO iaitu IKRAM. Penceramahnya En. Mohd Azamudin (Azam Al-Kangkari) telah memberikan ceramahnya dengan penuh semangat kepada semua pelajar ILP Ledang tahun akhir.

Program Gotong-Royong bersama Komuniti Ledang

Pada 16 Julai 2012, Seramai 40 orang pelajar dari kursus Kimpalan, Produk Industri & Fabrikasi terlibat dengan program komuniti di Kampung Melepang, Sagil. Pelajar² dan penduduk kampung bersama² membersihkan dan mengecat kawasan balai raya dan surau di kampung tersebut.

Tahniah kepada Penerima Anugerah PKM 2012

Tahniah diucapkan kepada pelajar bidang Teknologi Komputer (Rangkaian), Saudara Tan Jack Yuen kerana berjaya mendapat pingat Perak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 dan Saudara Mohd Zarul Bin Azali yang berjaya mewakili Malaysia dalam Pertandingan Asean Skills di Jakarta, November 2012 nanti. Sijil, Pingat dan bendera kontinjen Malaysia ke Jakarta telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin pada Majlis Perhimpunan Warga Kemahiran 2012 yang diadakan pada 10/7/2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tan Jack Yuen

Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 1/2012

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Ledang telah menganjurkan satu Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 1/2012 pada 20 Jun 2012. Majlis ini turut meraikan penghargaan kepada semua warga ILP Ledang di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses untuk mendapatkan persijilan QE-5S yang diperolehi pada 1 Jun 2012.




Sukan Pelajar ILJTM Zon Selatan 2012

kejohanan sukan Pelajar ILJTM bagi zon selatan telah diadakan di Adtec Batu pada 23 Jun sehingga 25 Jun 2012. ILP Ledang menghantar sebanyak 90 peserta untuk bertanding pada kejohanan tersebut. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola sepak, Bola Tampar, Ping Pong, Bola jaring Sepak takraw, Tarik tali dan Badminton. Untuk acara khas kakitangan ialah Futsal dan Bowling. dari ke semua acara yang dipertandingkan ILP Ledang telah memenangi acara berikut:
 Bola Tampar (Lelaki) - Perak
Bola Tampar (Perempuan) - Gangsa
Bola Sepak - Gangsa
Tarik Tali - Gangsa
Futsal (staff) -  Perak
 

Pengujian Bot Fiber Rekabentuk Produk Industri

Projek bot fiber ini telah dihasikan oleh pelajar semester 3 Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPDT). Pengujian apungan dan ketahanan telah dilaksanakan di Tasik ILP Selandar, Melaka pada 7 Jun 2012 (Khamis). Pengarah ILP Ledang, En Adnan bin Ismail dan Pengajar² IPDT turut bersama menguji ketahanan bot fiber ini.

Projek Cenderahati Bersama Pelajar Pemesinan CNC dan Produk Industri

Cenderahati Kecemerlangan Pelajar
Bahan digunakan : Tembaga dan Aluminium

Tempoh masa siap : 7 Hari

Tenaga Kerja : 5 orang pelajar

Mesin digunakan : EDM Wire Cut dan Okuma Milling

Idea Rekabentuk Corak : Pengarah ILP Ledang




Cenderahati kepada Ketua Pengarah JTM
Bahan digunakan : Aluminium

Tempoh masa siap : 7 Hari

Tenaga Kerja : 5 orang pelajar

Mesin digunakan : Okuma Milling dan MAZAK Turning

Rekabentuk Tulisan Jawi: Rekabentuk produk industri


Lawatan Kerja Ketua Pengarah & Timb Ketua Pengarah JTM

 Lawatan kerja oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JTM ke ILP Ledang pada 5 Jun 2012. Antara aktiviti yang disediakan pada kunjungan tersebut adalah perjumpaan dengan Kakitangan ILP Ledang, Perjumpaan dengan Pelajar ILP Ledang, Perjumpaan dengan kontraktor, Pembentangan pengenalan 5S, Lawatan 5S ke bengkel² dan penyampaian sijil amalan kualiti 5S  kepada Pengarah.
Senarai pemenang pertandingan 5S terbaik:
1) Zon Keseluruhan Terbaik - Zon Angsana (IT)
2) Kaizen Terbaik - Zon Jati (Mekatronik)
3) Sudut 5S Terbaik - Zon Cendana (IPD)
4) Ruang Pejabat Terbaik - Zon Angsana (IT)

Tahniah!! Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S

Tahniah ILP Ledang! Pada 1 Jun 2012 (Jumaat) ILP Ledang dengan rasminya telah mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Dengan markah gred A iaitu 88%, ILP Ledang adalah Institut yang ke 8 dari 32 Institut ILJTM yang menerima pengiktirafan persijilan 5S. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang atas kerjasama bertungkus lumus bagi menjayakan usaha ke arah persijilan ini.

Pelancaran Amalan Berkualiti 5S

Gotong-Royong Perdana (Sisih)

Gotong-Royong Perdana (Susun)

Gotong-Royong Perdana (Sapu)

Gotong-Royong Perdana (Seragam)

Pembentangan zon 5S oleh Pelajar²

Pertandingan Mencipta Logo 5S

Bengkel Isi kandungan Fail 5S oleh Pegawai 5S ILP Mersing


Penyerahan manual 5S kepada ketua zon

Ceramah kesedaran amalam berkualiti 5S dari pegawai MPC

Taklimat Amalan 5S kepada pelajar² baru oleh JK Latihan 5S

Kursus Audit Dalaman 5S ILP Ledang

Lawatan Benchmark 5S ke Politeknik Merlimau

Lawatan Benchmark 5S ke EPSON

Lawatan Benchmark 5S ke ILP Mersing

Lawatan Benchmark 5S ke ILP Pedas

 Lawatan Benchmark 5S ke IKBN Pagoh

 Lawatan Audit Dalaman dari ILP Mersing

Lawatan Audit Dalaman dari JK Audit 5S ILP Ledang

Lawatan Pre-Audit Persijilan 5S dari pihak MPC

Lawatan Audit Persijilan 5S dari pihak MPC (1.6.2012)

Gambar Beramai JK 5S ILP Ledang bersama En. Zul Izwan Mohamad dari MPC

Team MCP ILP Ledang dan Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012

Pada 22 Mei 2012, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja 2012 di PERSADA Johor. Team Multiple Camera Production ILP Ledang bersama dengan Jurugambar dari ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Melaka telah di pertanggungjawabkan oleh Ibu Pejabat untuk membuat liputan video dan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. Seramai 10 orang tenaga kerja bertungkus lumus memastikan majlis tersebut direkod dalam bentuk video.

Friendly Ping Pong


Lama sudah tak update blog aktiviti ilp, kesibukan yang tersangat-sangat.. jadi saya mulakan aktiviti baru dengan perlawanan persahabatan ping pong yang telah diadakan pada bulan Mac lepas. Perlawanan persahabatan pertama diadakan pada 27.3.12 antara ILP Ledang dengan Kg. Sri Jaya. Perlawanan dimenangi oleh Kg. Sri Jaya. perlawanan persahabatan seterusnya diadakan pada 23.4.12 antara ILP Ledang dengan Kelab ping pong segamat, perlawanan dimenangi oleh Kelab ping pong segamat. ILP Ledang masih kurang bernasib baik dalam acara ping pong. Latihan intensif dan sokongan dari pihak atasan perlu ada bagi memastikan kejayaan seterusnya. insyAllah..