Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Showing posts with label Anugerah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

Pertandingan Kreativiti, Teknologi Inovasi 2013 (CiTEC)

 
 
 
Pada 24hb -hingga 25hb Februari 2013, telah diadakan pertandingan kreativiti inovasi 2013 (CiTEC) yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Ledang. Di samping itu juga, ILP Ledang mengambil kesempatan tersebut mengadakan hari terbuka ILP Ledang buat kali pertama bagi tahun 2013. Banyak aktiviti telah disediakan kepada para pengunjung yang hadir pada hari tersebut. ILP Ledang telah merangkul 2 pingat gangsa bagi bidang mekanikal dan bidang ICT. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Pingat Gangsa
Nama Projek:  Mesin Merata Cat (Rotational)
NamaPeserta: Hj.Ramlan Bin Hashim
                     Mohd Sunaidi Bin Hj. Abu Kasim
                     Mohammad Riduwan Bin Md Yusoff
                     Ahmad Bin Tebek Mohd Madura
                     Mohd Haikal Bin Johari
                     Nor Azwan Bin Mohd Som

Pingat Gangsa

Nama Projek:  MPCC HOME
NamaPeserta: Al-Hazari Bin Jamal
                     Zainisah Binti Mohamad
                     Nor Faizatul Akma Binti Abu Bakar
                     Siti Radhiyah Binti Suradi
                     Muhamad Zulfadli Bin Adanan

Seminar Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor 2013

 
 
Pada 31hb Januari 2013, satu Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan 5S kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah diadakan di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru. Institut Latihan Perindustrian Ledang yang telah dipersijilkan dengan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S pada 1 Jun 2012 turut diundang untuk menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Negeri Johor. Institut lain yang turut menerima anugerah yang sama adalah ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing.

Pertandingan ASEAN Skills Competition (ASC) 2012

Pada 11.11.2012 hingga 20.11.2012 salah seorang dari pelajar ILP Ledang iaitu saudara Zarul Azali dari Bidang Teknologi Komputer Rangkaian telah dipilih untuk mewakili Negara dalam ASEAN Skills Competition (ASC) 2012 di Jakarta Convention Centre (JKC), Indonesia. Turut mengiringi ialah Jurulatih beliau, En. Al- Hazari Jamal. 

Saudara Zarul mewakili Negara dalam bidang IT Network System System Administration. Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi pingat Medallion Of Excellent. Keseluruhan peserta ILJTM telah memenangi 2 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa dan 3 pingat medallion of excellent. 

Tahniah kepada Penerima Anugerah PKM 2012

Tahniah diucapkan kepada pelajar bidang Teknologi Komputer (Rangkaian), Saudara Tan Jack Yuen kerana berjaya mendapat pingat Perak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 dan Saudara Mohd Zarul Bin Azali yang berjaya mewakili Malaysia dalam Pertandingan Asean Skills di Jakarta, November 2012 nanti. Sijil, Pingat dan bendera kontinjen Malaysia ke Jakarta telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin pada Majlis Perhimpunan Warga Kemahiran 2012 yang diadakan pada 10/7/2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tan Jack Yuen

Lawatan Kerja Ketua Pengarah & Timb Ketua Pengarah JTM

 Lawatan kerja oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JTM ke ILP Ledang pada 5 Jun 2012. Antara aktiviti yang disediakan pada kunjungan tersebut adalah perjumpaan dengan Kakitangan ILP Ledang, Perjumpaan dengan Pelajar ILP Ledang, Perjumpaan dengan kontraktor, Pembentangan pengenalan 5S, Lawatan 5S ke bengkel² dan penyampaian sijil amalan kualiti 5S  kepada Pengarah.
Senarai pemenang pertandingan 5S terbaik:
1) Zon Keseluruhan Terbaik - Zon Angsana (IT)
2) Kaizen Terbaik - Zon Jati (Mekatronik)
3) Sudut 5S Terbaik - Zon Cendana (IPD)
4) Ruang Pejabat Terbaik - Zon Angsana (IT)

Tahniah!! Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S

Tahniah ILP Ledang! Pada 1 Jun 2012 (Jumaat) ILP Ledang dengan rasminya telah mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S. Dengan markah gred A iaitu 88%, ILP Ledang adalah Institut yang ke 8 dari 32 Institut ILJTM yang menerima pengiktirafan persijilan 5S. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang atas kerjasama bertungkus lumus bagi menjayakan usaha ke arah persijilan ini.

Pelancaran Amalan Berkualiti 5S

Gotong-Royong Perdana (Sisih)

Gotong-Royong Perdana (Susun)

Gotong-Royong Perdana (Sapu)

Gotong-Royong Perdana (Seragam)

Pembentangan zon 5S oleh Pelajar²

Pertandingan Mencipta Logo 5S

Bengkel Isi kandungan Fail 5S oleh Pegawai 5S ILP Mersing


Penyerahan manual 5S kepada ketua zon

Ceramah kesedaran amalam berkualiti 5S dari pegawai MPC

Taklimat Amalan 5S kepada pelajar² baru oleh JK Latihan 5S

Kursus Audit Dalaman 5S ILP Ledang

Lawatan Benchmark 5S ke Politeknik Merlimau

Lawatan Benchmark 5S ke EPSON

Lawatan Benchmark 5S ke ILP Mersing

Lawatan Benchmark 5S ke ILP Pedas

 Lawatan Benchmark 5S ke IKBN Pagoh

 Lawatan Audit Dalaman dari ILP Mersing

Lawatan Audit Dalaman dari JK Audit 5S ILP Ledang

Lawatan Pre-Audit Persijilan 5S dari pihak MPC

Lawatan Audit Persijilan 5S dari pihak MPC (1.6.2012)

Gambar Beramai JK 5S ILP Ledang bersama En. Zul Izwan Mohamad dari MPC

Tahniah Peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011

Kecemerlangan ILP Ledang khususnya dan ILJTM umumnya diteruskan lagi dengan pencapaian yang amat membanggakan di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ( PKM ) kali ke 12 tahun ini. Daripada 7 orang pelajar ILP Ledang yang berjaya ke peringkat akhir, 3 daripadanya telah berjaya mengharumkan nama ILP Ledang kerana dapat menduduki 3 tempat teratas dalam bidang yang ditandingi. Mereka adalah Saudara Mohd Zarul Azali yang telah memenangi pingat emas dalam bidang IT Network System Administration, Saudara Zamru Zakaria yang berjaya menggondol pingat perak bagi bidang Kimpalan manakala pingat gangsa telah berjaya ditakluki oleh Saudara Muhammad Izzuddin Rosli untuk bidang CNC Turning. ILP Ledang mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berharap agar usaha dan komitmen yang lebih gigih diteruskan untuk memastikan kejayaan di masa hadapan. Pencapaian cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk membuktikan kebolehan diri dalam bidang masing-masing selain dapat melahirkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar itu sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan juga wajar diberikan kepada para jurulatih yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melatih para pelajar demi untuk memastikan kejayaan dapat digenggami seterusnya dapat mengekalkan kualiti kemahiran yang dipertahankan selama ini. ILP Ledang Boleh!

Mengimbas kembali kronologi pertandingan, pada 4 hingga 6 April 2011, ILP Ledang telah diberi    penghormatan apabila terpilih menjadi tuan rumah untuk kali ketiga berturut-turut untuk Pra-Kelayakan   Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi bidang Mechanical Engineering Design – CAD yang menyaksikan 12 penyertaan di kalangan pelajar ILJTM yang mengambil bahagian iaitu ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ILP Bukit Katil, ILP Kuala Langat, ILP Pedas dan ILP Kota Kinabalu. Pertandingan kali ini diadili oleh 3 orang hakim profesional dari SIRIM, MFI dan UiTM. Sementara itu, sejumlah 16 orang pelajar ILP Ledang dari pelbagai bidang kemahiran telah menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia yang diadakan di serata lokasi terpilih dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7 orang pelajar layak ke peringkat akhir.

Tahniah Pemenang MySkills Kali ke -5 Tahun 2011

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohd Norhisham bin Mohamed Ali kerana berjaya memenangi pingat gangsa untuk bidang Mould Making di dalam Pertandingan Akhir Myskills ke-5 tahun 2011. Sebelum itu, sekalung penghargaan juga kepada 9 orang pengajar yang telah berjaya di dalam Ujian Saringan Myskills dan layak menempatkan diri dalam pelbagai bidang yang dipertandingkan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 3 orang layak ke peringkat akhir dalam bidang masing-masing iaitu En. Wan Azman, En. Suhaini Musa dan En. Norhisham. Pertandingan seumpama ini dilihat sebagai medan terbaik untuk para pengajar mengasah kemahiran, mencungkil ilmu, melahirkan persaingan yang sihat, menaikkan keyakinan diri di samping dapat menguji tahap kebolehan diri. Pihak ILP Ledang sangat mengalakkan penyertaan para pengajar dan sebagai bukti kesungguhan, pihak institut telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Kecemerlangan bagi menyemarakkan lagi semangat para pengajar untuk mengekalkan dan menaikkan imej ILJTM amnya dan ILP Ledang khususnya dengan berusaha sedaya-upaya di dalam pertandingan tersebut. ILP Ledang mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih hebat pada masa akan datang.

Weldtek Welding Competition Metaltec 2011

Seramai dua orang pelajar Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, ILP Ledang telah menyertai Pertandingan Weltek Welding Competition Metaltec 2011 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Hairy bin Asmuni dan Zamru Bin Zakaria kerana berjaya mendapat tempat kedua dan keempat dalam pertandingan tersebut. Semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk menguji kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Harapan agar bekerja dengan lebih produktif, inovatif & kreatif :) pada tahun-tahun seterusnya. Antara penerima anugerah adalah 
dari kiri En. Nurul Hadi Bassir, En. Mohsin Mohd Yusoff, En. Ahmad Jhazuly Hisham B. Hashim, Cik Hanita Bt.Taib, Pn. Noraslinda Bt. Harun, Pn. Azani Bt. Abdul Ghani, En. Sufian Amran & En. Abdul Halim B. Abdullah (tiada dlm gambar)