Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Buletin ILP Ledang 2009 (updated)


- klik pada gambar untuk baca

Perjumpaan Staff & Pengarah



Pada 22hb Julai 2009, Perjumpaan staff ILP Ledang bersama Pengarah telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Pelbagai aturcara telah disediakan semasa majlis berlangsung antaranya amanat dari pengarah lama En Zainudin b. Hj Ahmad dan ucapan aluan dari Pengarah baru En. Adnan bin Ismail (sebelum ini beliau dari ILP Kuantan). Penyampaian cenderehati kepada staff yang baru mendapat cahaya mata, staff yang menyambut hari lahir pada bulan Mei, Jun dan Julai. Cenderehati juga diberi kepada 4 orang staff yang akan berpindah, antara staff yang akan berpindah iaitu:-


- En Mohamad Ikram B. Abdullah --> JPK Kuala Terengganu
- En Ahmad Kamal B.Yacob --> ILP Sandakan
- En Nazari B. Abu --> ILP Sandakan
- En Firdaus B. Asrani --> ILP Ipoh

Friendly Match di Stadium Pagoh

Perlawanan persahabatan antara ILP Ledang dengan Adtec Batu Pahat pada 16/7/2009. kekalahan ILP Ledang 3 -1 ke atas Adtec Batu Pahat tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk menebus kekalahan pada perlawanan akan datang. dengan kehadiran ramai pemain-pemain baru ILP Ledang telah memeriahkan lagi arena bola sepak selain menjadi pelapis baru harapan :)

MSK 2/2009


Pengambilan pelajar baru diadakan dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai. Bagi kemasukan sesi 2/2009, seramai 98 orang pelajar baru telah mendaftar. Pendaftaran pelajar diadakan selama 1 hari dan diikuti dengan aktiviti Minggu Suaikenal (MSK) yang telah disediakan oleh pihak institut untuk memberi pengenalan dan pengalaman berguna kepada pelajar baru ILP ledang.

Program Fasilitator Schoolnet


Seramai 35 orang peserta telah menyertai program schoolnet ini anjuran Kementerian Penerangan, Kebudayaan & Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia. ILP Ledang telah dipilih untuk menyediakan latihan kemahiran berkenaan asas kepada komputer rangkaian selama 5 hari. Program dibawah rangsangan ekonomi ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran kepada fasilitator schoolnet sebelum dihantar ke sekolah-sekolah terpilih yang mempunyai makmal komputer sendiri.