Pages
Pelancaran Program 5S
10 Mei 2010 –  Pelancaran 5S ILP telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan  utama program ini lebih kepada persediaan individu untuk memastikan  ruang bekerjanya selesa serta tersusun. Selain itu juga, Program ini  merupakan aktiviti yang penting untuk menjaga kebersihan serta  keselamatan diri semasa berkerja atau belajar. Pelancaran ini telah  dirasmikan oleh En. Adnan Bin Ismail selaku pengarah ILP Ledang. Program  ini turut dihadiri oleh 24 Ahli Jawatankuasa Komuniti yang berhampiran.  Selain daripada pelancaran terdapat juga pelbagai agenda lain antaranya  adalah Gotong Royong Perdana dan Pelancaran Lagu, Poster &  Logo  5S. Program ini melibatkan semua warga ILP Ledang. Semoga semua pihak dapat  bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan 5S dapat dilakukan untuk  manfaat kita bersama seiring dengan slogan hari pekerja 2010 `Pekerja  Berinovasi Pemacu Transformasi. Inilah transformasi ILP Ledang untuk  2010….Semoga Berjaya.Sentuhan Kasih

8  Mei 2010 – Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim  Islam Muar (PRAYIM) telah selamat dijalankan oleh Unit Kaunseling  bersama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Institut (PRI ). Seramai 30 orang  fasilitator telah di latih untuk menjayakan program ini. PRAYIM  mempunyai 97 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar darjah 4  hingga tingkatan  6. Pelbagai aktiviti yang telah  dirancangan antaranya senaman robik , sukaneka, program ramah mesra ,  ice- breaking dan latihan dalam kumpulan. Secara keseluruhan program ini  berjalan dengan baik serta banyak input yang diterima oleh ahli kelab  PRI. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menajdi seorang  fasilitator yang berkesan. Semoga program sebegini dapat dipergiatkan.
Cenderamata kepada Perdana Menteri Malaysia
Sempena Majlis  sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang  telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri  Malaysia. Rekabentuk  cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia  terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara,  replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe  yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia  bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung  dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia. Penyediaan  cenderamata melibatkan beberapa proses iaitu rekabentuk, pemesinan CNC,  pemesinan konvensional, mengecat, polishing, plating,  pemasangan dan kerja-kerja akhir. Bahan-bahan yang di gunakan adalah  terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium  bar  untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel  ball  untuk replika globe, brass plate  untuk peta dan  acrylic plate untuk replika tapak  cenderamata.Program Literasi ICT
Indoor Game ILP Ledang
Kursus MCP (Multi Camera Production)

Kursus MCP berlangsung selama 2 minggu dari 12hb April sehingga 23hb April 2010. ILP ledang telah menjemput pengajar jemputan dari ILP Kota Bharu untuk membantu bersama2 melaksanakan kursus ini. Aktiviti sepanjang kursus berlangsung seperti mengenalpasti peralatan yg akan digunakan, membuat pemasangan dan tag pada kabel, menyediakan layout diagram kabel, mengetahui kerja2 sebagai penerbit, switcher, titleman, cameraman, audioman dan mempelajari teknik berkenaan kamera. Tujuan utama team MCP ini diwujudkan supaya  studio rakaman video yang sedia ada "mobile" kan untuk penggunaan secara maksimum.
Subscribe to:
Comments (Atom)



