Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Family Day 2011 di Gambang Water Park

 
15 - 16 October 2011, dua buah bas disediakan untuk membawa keluarga kakitangan ILP Ledang ke destinasi yang dituju. Sebanyak 57 keluarga seramai 217 orang terlibat dalam program hari keluarga yang berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yng dijalankan mandi-manda bersama keluarga, Makan malam dan cabutan bertuah, Sukaneka. pada kakitangan yg ingin mendapatkan softcopy gambar, boleh dapatkan di pusat sumber.

Robotics Challenge Week 2011

Robot Challenge Week (RCW) 2011 telah diadakan di Multimedia Univerisiti Melaka, pada 10 - 11 Disember 2011. ILP Ledang telah menghantar sebanyak 5 buah robot yang direkacipta oleh 29 orang pelajar dari Teknologi Mekatronik dan dibantu oleh 5 orang pengajar iaitu En. Mat Nizam, En. Ahmad Mohsin, En. Hussin, En Azmi Buhari dan Cik Dyantilaila. Pelajar yang terlibat terdiri dari semester 1 , 2 dan 3. Perlawanan dibuat secara berkumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D. Dibawah adalah senarai nama robot mengikut kumpulan dan keputusan seluruh perlawanan:

KUMP A: (1) Kenna Boi, (2) Jack Sparrow
KUMP B: Zoragon
KUMP C: Ghost
KUMP D: Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Pertama 
- Kenna Boi lwn VTT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat) dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn The Black Lotus (Polisas), dimenangi oleh The Black Lotus
- Ghost lwn UTEM, dimenangi oleh UTEM
- MeioZorro lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Kedua
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Puo Terra
- Jack Sparrow lwn Psyclops (ILP KL), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM Perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Diffoser (DHRA), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Ketiga
- Kenna Boi lwn Kuro (MMU Melaka), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Hammer Beez (ILP PG), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn UM-A (CPDM-UM), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Buggy Amur (Polisas), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Kalah Mati
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Mieo Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Stingray
- Kenna Boi lwn TT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Suku Akhir
- Kenna Boi lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Kenna Boi
- Zoragon lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
- Kenna Boi lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat 3 dan 4
- Kenna Boi lwn Anak Putra (UPM), dimenangi oleh Kenna Boi

Tahniah Peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011

Kecemerlangan ILP Ledang khususnya dan ILJTM umumnya diteruskan lagi dengan pencapaian yang amat membanggakan di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ( PKM ) kali ke 12 tahun ini. Daripada 7 orang pelajar ILP Ledang yang berjaya ke peringkat akhir, 3 daripadanya telah berjaya mengharumkan nama ILP Ledang kerana dapat menduduki 3 tempat teratas dalam bidang yang ditandingi. Mereka adalah Saudara Mohd Zarul Azali yang telah memenangi pingat emas dalam bidang IT Network System Administration, Saudara Zamru Zakaria yang berjaya menggondol pingat perak bagi bidang Kimpalan manakala pingat gangsa telah berjaya ditakluki oleh Saudara Muhammad Izzuddin Rosli untuk bidang CNC Turning. ILP Ledang mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berharap agar usaha dan komitmen yang lebih gigih diteruskan untuk memastikan kejayaan di masa hadapan. Pencapaian cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk membuktikan kebolehan diri dalam bidang masing-masing selain dapat melahirkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar itu sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan juga wajar diberikan kepada para jurulatih yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melatih para pelajar demi untuk memastikan kejayaan dapat digenggami seterusnya dapat mengekalkan kualiti kemahiran yang dipertahankan selama ini. ILP Ledang Boleh!

Mengimbas kembali kronologi pertandingan, pada 4 hingga 6 April 2011, ILP Ledang telah diberi    penghormatan apabila terpilih menjadi tuan rumah untuk kali ketiga berturut-turut untuk Pra-Kelayakan   Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi bidang Mechanical Engineering Design – CAD yang menyaksikan 12 penyertaan di kalangan pelajar ILJTM yang mengambil bahagian iaitu ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ILP Bukit Katil, ILP Kuala Langat, ILP Pedas dan ILP Kota Kinabalu. Pertandingan kali ini diadili oleh 3 orang hakim profesional dari SIRIM, MFI dan UiTM. Sementara itu, sejumlah 16 orang pelajar ILP Ledang dari pelbagai bidang kemahiran telah menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia yang diadakan di serata lokasi terpilih dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7 orang pelajar layak ke peringkat akhir.

Tahniah Pemenang MySkills Kali ke -5 Tahun 2011

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohd Norhisham bin Mohamed Ali kerana berjaya memenangi pingat gangsa untuk bidang Mould Making di dalam Pertandingan Akhir Myskills ke-5 tahun 2011. Sebelum itu, sekalung penghargaan juga kepada 9 orang pengajar yang telah berjaya di dalam Ujian Saringan Myskills dan layak menempatkan diri dalam pelbagai bidang yang dipertandingkan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 3 orang layak ke peringkat akhir dalam bidang masing-masing iaitu En. Wan Azman, En. Suhaini Musa dan En. Norhisham. Pertandingan seumpama ini dilihat sebagai medan terbaik untuk para pengajar mengasah kemahiran, mencungkil ilmu, melahirkan persaingan yang sihat, menaikkan keyakinan diri di samping dapat menguji tahap kebolehan diri. Pihak ILP Ledang sangat mengalakkan penyertaan para pengajar dan sebagai bukti kesungguhan, pihak institut telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Kecemerlangan bagi menyemarakkan lagi semangat para pengajar untuk mengekalkan dan menaikkan imej ILJTM amnya dan ILP Ledang khususnya dengan berusaha sedaya-upaya di dalam pertandingan tersebut. ILP Ledang mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih hebat pada masa akan datang.