Untuk paparan terbaik, Sila tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 pixels atau yang lebih tinggi
Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar

Pertandingan Kreativiti, Teknologi Inovasi 2013 (CiTEC)

 
 
 
Pada 24hb -hingga 25hb Februari 2013, telah diadakan pertandingan kreativiti inovasi 2013 (CiTEC) yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Ledang. Di samping itu juga, ILP Ledang mengambil kesempatan tersebut mengadakan hari terbuka ILP Ledang buat kali pertama bagi tahun 2013. Banyak aktiviti telah disediakan kepada para pengunjung yang hadir pada hari tersebut. ILP Ledang telah merangkul 2 pingat gangsa bagi bidang mekanikal dan bidang ICT. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Pingat Gangsa
Nama Projek:  Mesin Merata Cat (Rotational)
NamaPeserta: Hj.Ramlan Bin Hashim
                     Mohd Sunaidi Bin Hj. Abu Kasim
                     Mohammad Riduwan Bin Md Yusoff
                     Ahmad Bin Tebek Mohd Madura
                     Mohd Haikal Bin Johari
                     Nor Azwan Bin Mohd Som

Pingat Gangsa

Nama Projek:  MPCC HOME
NamaPeserta: Al-Hazari Bin Jamal
                     Zainisah Binti Mohamad
                     Nor Faizatul Akma Binti Abu Bakar
                     Siti Radhiyah Binti Suradi
                     Muhamad Zulfadli Bin Adanan

Sambutan Maulidur Rasul 1434H di ILP Ledang




 Pada 8hb Februari 2013, kakitangan dan pelajar ILP menyambut sambutan Maulidur Rasul 1434H dengan berarak sambil berselawat mengelilingi kawasan ILP. antara aktiviti yang disediakan adalah ceramah agama di surau Al-Jazari.

Seminar Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor 2013

 
 
Pada 31hb Januari 2013, satu Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan 5S kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah diadakan di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru. Institut Latihan Perindustrian Ledang yang telah dipersijilkan dengan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S pada 1 Jun 2012 turut diundang untuk menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Negeri Johor. Institut lain yang turut menerima anugerah yang sama adalah ILP Pasir Gudang dan ILP Mersing.

Taklimat Hala tuju 5S dari Pegawai ILP Pedas

Pada 31.1.13 Pegawai dari ILP Pedas, berbesar hati memberikan taklimat dan bercerita pengalaman berkenaan proses bagi pengauditan 5S kali kedua kepada kakitangan ILP Ledang.

Program Gotong-Royong 5S 1/2013

 
Pada 23hb Januari 2013, ILP Ledang telah mengadakan gotong-royong perdana kali pertama bagi tahun 2013, semua pelajar dan kakitangan  bersama-sama berganding bahu bagi memastikan program gotong-royong berjalan dengan lancar ke arah pembaharuan semula Persijilan 5S