Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriah di Dewan Serbaguna ILP Ledang pada 8 September 2012 dengan tema P-Ramlee&Saloma. Kemeriahan dirasai oleh semua kakitangan, pengajar dan pelajar-pelajar ILP Ledang dengan bertambahnya aktiviti baru seperti aktiviti bergotong-royong menyediakan sendiri juadah makanan dan minuman, merekabentuk gerai makanan sendiri bagi setiap kursus, pakaian terbaik mengikut tema dan persembahan kugiran jemputan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga ILP Ledang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pages
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55
Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 bagi tahun 2012 dengan tema "Janji Ditepati" telah berlangsung di Dataran Ledang, Johor. Wakil seramai 50 orang yang terdiri dari kakitangan dan pelajar ILP Ledang terlibat dengan acara perbarisan hari kemerdekaan. tahniah kepada yang hadir.
Antara pasukan perbarisan terbaik, bergerak kemas dalam barisan memperagakan pakaian hari kemerdekaan masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)