Pages
Kursus Adobe Photoshop
kursus in-house training untuk kakitangan ILP Ledang telah diadakan selama 3 hari pada 14hb sehingga 16hb Disember 2010 di Makmal Komputer Pusat Sumber. Seramai 22 orang peserta kursus yang telah menghadirkan diri pada hari tersebut. Kapasiti makmal komputer dapat menampung peserta seramai 25 orang pada satu² masa. Peserta kursus didedahkan dengan asas penggunaan adobe photoshop.
Pembentangan "Small Group Activities" 5S
Aktiviti SGA 5s diadakan seperti biasa pada setiap hari jumaat. kali ini pembentangan 5S dibuat dari bahagian pemesinan CNC & bahagian Pembuat Acuan Pembentuk. Pembentangan yang diadakan pada 26.12.2010 berlangsung di Dewan Kuliah Utama pada sesi pagi & petang. Lawatan Audit 5S dijalankan selepas setiap kali pembentangan dibuat.
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010
Majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan ILP Ledang pada 23hb September 2010. Pelbagai juadah makanan disediakan antara menu kegemaran seperti kambing panggang, satay, nasi impit, lemang dan pelbagai lagi. Ataurcara majlis yang disediakan kepada para tetamu yang hadir antaranya marhaban beramai², cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak² yang hadir.
Cenderahati untuk Kembara Mahkota Johor 2010
ILP ledang telah diberi tanggungjawab oleh Pejabat Daerah Ledang untuk menyediakan satu cenderahati sempena Kembara Mahkota Johor 2010 yang telah berlangsung pada 7 - 9 Ogos 2010. Proses pembuatan cenderahati ini telah dibuat 100% oleh pelajar kursus CNC iaitu Mohd Azlan, Muhamad Farid, Mohd Azizi. dan di ketuai oleh pensyarah dari bengkel Pemesinan CNC iaitu En Wan Azman. Masa untuk menyiapkan cenderahati ini ialah selama 1 minggu.
Pertandingan Kemahiran Malaysia (Pra - Kelayakan ILJTM) Bidang CAD Mekanikal
26hb sehingga 28hb Julai 2010, ILP Ledang telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia (Pra-Kelayakan ILJTM) untuk bidang CAD Mekanikal. Sebanyak 20 institut terlibat dalam pertandingan tersebut. Peserta yang berjaya melepasi tahap kelayakan yang di tetapkan akan meneruskan ke peringkat Kebangsaan pula.
Perkhemahan Pelajar & Kursus Team Building 2010
17–20 Jun 2010: Institut Latihan Perindustrian Ledang telah berjaya menganjurkan Program Team Building untuk pelajar bertempat di Kem Saujana Asahan, Melaka bertemakan "Towads Excellence In Leadership" . Program ini dianjurankan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan di bawah Unit Kaunseling. Team building ini berjaya dijalankan selama 4 hari 3 malam. Seramai 38 orang peserta telah terpilih untuk menyertainya. Konsep kursus ini berbentuk perkhemahan di mana semangat kerjasama serta gotong-royong perlu dipupuk dalam diri peserta. Pengisisan program ini juga lebih kepada menguji tahap kepimpinan serta memberikan pendedahan pada diri peserta untuk lebih berkeyakinan dalam menguruskan diri atau organisasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah LDK , Kerohanian, Aktiviti Sukan, Aktiviti Menguji Ketahanan Fizikal Serta Aktiviti Pengawalan Emosi serta Mental. Modul kursus ini telah dibangunkan sendiri oleh fasilitator yang terdiri daripada pegawai psikologi dan pensyarah institut. Harapan fasilitator kepada semua peserta dapat dijadikan platform ini sebagai satu transformasi dalam diri. Tunjukkan diri anda KAMU MEMANG HEBAT….
(Klik gambar utk besarkan)
(Klik gambar utk besarkan)
Bengkel Mengemaskini Markah Secara Online
Bengkel yang telah diadakan selama 3 jam bermula dari 10 pagi sehingga 1 petang ini, memberi pendedahan dan maklumat baru kepada pengajar-pengajar di bengkel untuk mengisi markah peperiksaan pelajar secara online terus ke database Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK). Dengan adanya sistem ini maklumat dapat disampaikan dengan lebih efektif.
Pelancaran Program 5S
10 Mei 2010 – Pelancaran 5S ILP telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan utama program ini lebih kepada persediaan individu untuk memastikan ruang bekerjanya selesa serta tersusun. Selain itu juga, Program ini merupakan aktiviti yang penting untuk menjaga kebersihan serta keselamatan diri semasa berkerja atau belajar. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh En. Adnan Bin Ismail selaku pengarah ILP Ledang. Program ini turut dihadiri oleh 24 Ahli Jawatankuasa Komuniti yang berhampiran. Selain daripada pelancaran terdapat juga pelbagai agenda lain antaranya adalah Gotong Royong Perdana dan Pelancaran Lagu, Poster & Logo 5S. Program ini melibatkan semua warga ILP Ledang. Semoga semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan pelaksanaan 5S dapat dilakukan untuk manfaat kita bersama seiring dengan slogan hari pekerja 2010 `Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi. Inilah transformasi ILP Ledang untuk 2010….Semoga Berjaya.
Sentuhan Kasih
8 Mei 2010 – Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Muar (PRAYIM) telah selamat dijalankan oleh Unit Kaunseling bersama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Institut (PRI ). Seramai 30 orang fasilitator telah di latih untuk menjayakan program ini. PRAYIM mempunyai 97 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga tingkatan 6. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangan antaranya senaman robik , sukaneka, program ramah mesra , ice- breaking dan latihan dalam kumpulan. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik serta banyak input yang diterima oleh ahli kelab PRI. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menajdi seorang fasilitator yang berkesan. Semoga program sebegini dapat dipergiatkan.
Cenderamata kepada Perdana Menteri Malaysia
Sempena Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri Malaysia. Rekabentuk cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara, replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia. Penyediaan cenderamata melibatkan beberapa proses iaitu rekabentuk, pemesinan CNC, pemesinan konvensional, mengecat, polishing, plating, pemasangan dan kerja-kerja akhir. Bahan-bahan yang di gunakan adalah terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium bar untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel ball untuk replika globe, brass plate untuk peta dan acrylic plate untuk replika tapak cenderamata.
Program Literasi ICT
Indoor Game ILP Ledang
Kursus MCP (Multi Camera Production)
Kursus MCP berlangsung selama 2 minggu dari 12hb April sehingga 23hb April 2010. ILP ledang telah menjemput pengajar jemputan dari ILP Kota Bharu untuk membantu bersama2 melaksanakan kursus ini. Aktiviti sepanjang kursus berlangsung seperti mengenalpasti peralatan yg akan digunakan, membuat pemasangan dan tag pada kabel, menyediakan layout diagram kabel, mengetahui kerja2 sebagai penerbit, switcher, titleman, cameraman, audioman dan mempelajari teknik berkenaan kamera. Tujuan utama team MCP ini diwujudkan supaya studio rakaman video yang sedia ada "mobile" kan untuk penggunaan secara maksimum.
Kursus Customize Adobe Photoshop
Pertandingan Nasyid Peringkat ILP Ledang
Pada 17hb Mac 2010, Pertandingan Nasyid peringkat ILP Ledang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Seramai 8 kumpulan mengambil bahagian. Pada tahun ini, kumpulan Alif Ba Ta dari kursus Rekabentuk Produk Industri telah merangkul tempat pertama dan merampas takhta juara tahun lepas yang dimenangi oleh kursus mekatronik. tempat kedua dimenangi oleh kursus Teknologi Kimpalan dan tempat ketiga dimenangi oleh kursus IT.
Pertandingan Bowling Bahagian IT
Perlawanan Akhir Bola Jaring ILP Ledang
Pada 3.3.2010, Perlawanan akhir antara Staff ILP Ledang dengan Pelajar Mekatronik telah diadakan di Padang bola jaring ILP. Team Pelajar menjadi johan pada tahun ini dengan mengalahkan staff ILP 16-6 . Walaupun staff kekurangan pemain tetapi tetap meneruskan perlawanan sehingga saat akhir. Tahniah pada yang berjaya dan kepada staff cuba lagi semester akan datang.
Ekspidisi Mendaki Gunung Ledang 2010
Pada 20 – 21 Februari 2010, seramai 12 pelajar dan seorang pensyarah Bahagian Kimpalan Arka & Gas dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang telah melakukan ekpedisi mendaki Gunung Ledang. Ekpedisi ini yang diketuai oleh En Azrul Hisam ini mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai dah kepenatan berbaloi apabila tiba kepuncak gunung. Melihat permandangan sekeliling yang memukau dengan tiupan angin yang begitu dingin menghilangkan rasa kepayahan untuk sampai disini. Gunung Ledang yang diwartakan sebagai taman Hutan Lagenda dibawah seliaan Taman Negara Johor yang ketinggiannya sebanyak 1276 meter dari aras laut adalah gunung yang sangat mencabar untuk didaki.Ini kerana banyaknya halangan seperti denai-denai yang licin, batu besar yang perlu dipanjat serta kaki mengalami kekejangan. Keesokan harinya selepas bermalam di “plateu” kumpulan ini bergerak turun dan selamat sampai keTaman Hutan Lagenda dibawah dengan berjaya.Semoga kejayaan inimenjadi inspirasi kepada kumpulan lain dari ILP Ledang untuk menyahut cabaran ini.
Mesyuarat Perlaksanaan TMS Wilayah Zon Selatan
Pada 11hb Februari 2010, Mesyuarat Perlaksanaan TMS bagi wilayah zon selatan telah diadakan di bilik mesyuarat ILP Ledang. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh En Zuraka Bin Yusof, Pengarah Adtec Shah Alam, merangkap Pengerusi J/K petugas khas TMS. Antara aktiviti yang dijalankan seperti melihat status dan menambah baik sistem TMS sedia ada dan membuat laporan perlaksanaan TMS.
Program Derma Darah
Bowling Persahabatan Department CNC
Perlawanan bowling antara pelajar dan kakitangan kursus Pemesinan CNC telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Seramai 45 org pelajar dan 11 pengajar terlibat dalam perlawanan bowling ini. Selain dapat berseronok, ia juga dapat mengeratkan silaturahim antara pengajar dan pelajar.
Majlis Tahlil bersama DYMM Baginda Sultan Johor
Pada 4hb Februari 2010, Majlis Yasin, Solat Maghrib, Tahlil serta Solat Isyak berjemaah bersama DYMM Baginda Sultan Johor telah diadakan di Masjid Sultan Ismail, Muar. Pihak ILP Ledang telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Seramai 40 orang pelajar bersama 2 guru pengiring hadir sehingga selesai majlis.
~Daulat Tuanku~
~Daulat Tuanku~
Hari Pengundian MPP Sesi 1/2010
Pada 28hb Januari, Unit Pengurusan Latihan mengadakan hari pengundian calon MPP untuk sesi 1/2010 di Pusat Sumber. Pengundian dilaksanakan secara online menggunakan sistem TMS (Training Management System). Dari 480 orang pelajar ILP Ledang, seramai 37 orang telah dicalonkan sebagai calon MPP. 11 orang yang mendapat undian tertinggi akan menjadi wakil MPP untuk membantu pihak pengurusan dari sudut pemantauan disiplin pelajar di institut dan asrama. Selain itu juga, ia menjadi badan induk untuk menjaga kebajikan pelajar serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kelab pelajar.
Perjumpaan Staff bersama Pengarah Januari 2010
Pada 4.1.2010, perjumpaan staff ILP Ledang bersama Pengarah telah diadakan di Dewan Kuliah Utama bermula pada pukul 8.30 pagi. Majlis telah dianjurkan oleh Bengkel Pemesinan CNC. Antara agenda yang telah disediakan seperti taklimat dan nasihat oleh En. Fazlul (PP Pengurusan Sumber), Pn. Nor Azlina (PP Pengurusan Latihan) dan ucapan dari Tn. Pengarah. Sesi memperkenalkan staff baru ILP Ledang. Majlis penyampaian cenderehati kepada staff yang akan berpindah, staff baru mendapat cahaya mata, staff baru berkahwin dan staff yang akan menyambut hari lahir pada bulan ini. Ke semua hadiah dan cenderehati telah disediakan oleh KSK ILP Ledang.
Subscribe to:
Posts (Atom)